Raja Formula Songsang “Cum” Raja Laporan Palsu

Oleh Tun Teja

APABILA Raja Formula Songsang Rafizi Ramli bersuara dan mengeluarkan arahan pada ahli PKR maka huru-haralah parti milik Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.

Lebih 100 pemimpin PKR yang diketuai Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli telah membuat laporan polis terhadap Najib Razak kononnya beliau cuai berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Ironinya timbang tara tuntutan Sulu tersebut diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah. Malangnya kabinet kerajaan PH tidak pernah bincang mengenai tuntutan Sulu sepanjang tempoh 22 bulan mereka mentadbir.Ini satu kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.

Laporan pemimpin PKR itu menggunakan “template” Rafizi yang sama bermaksud kesannya seperti satu laporan sahaja. Jadi, apa gunanya membuat 100 laporan polis yang sama? Perkara ini dilihat hanya menyusahkan pihak polis sahaja. Akhirnya kesemua laporan tersebut dihantar ke satu balai sahaja untuk siasatan.

Selepas siasatan dibuat, mungkin lebih 100 orang akan didakwa membuat laporan palsu memandangkan yang sebenarnya cuai adalah kabinet kerajaan PH yang tidak pernah membincangkan tuntutan wakil Sulu sepanjang tempoh mereka memerintah serta bekas Peguam Negara yang mengeluarkan surat luar biasa bodoh kepada wakil Sulu yang telah digunakan sebagai bukti oleh pihak lawan bahawa Malaysia sudah mengaku salah.

Mungkin Rafizi lupa bahawa pemimpin PH Karpal Singh juga pernah mendesak agar Malaysia tidak perlu membayar wang pajakan kerana membayarnya akan seolah-olah bermakna kita ‘menerima’ bahawa kita tidak merdeka.

Tindakan Rafizi ini dilihat seolah-olah mengiktiraf serangan Sulu terhadap Lahad Datu. Luka hati keluarga anggota keselamatan yang terkorban.

Ketika ini mungkin Rafizi sedang sangat seronok kerana lebih 100 cabang PKR patuh arahan beliau membuat laporan polis terhadap Najib sedangkan Anwar tidak berkata apa. Presiden PKR itu makin tersisih.

Cuma beliau terlepas pandang bahawa kemungkinan besar lebih 100 pemimpin PKR yang membuat laporan polis bersama Rafizi bakal didakwa membuat laporan palsu memandangkan yang sebenarnya cuai adalah kabinet kerajaan PH yang tidak pernah membincangkan tuntutan wakil Sulu sepanjang tempoh mereka memerintah serta bekas Peguam Negara yang mengeluarkan surat luar biasa bodoh kepada wakil Sulu yang telah digunakan sebagai bukti oleh pihak lawan bahawa Malaysia sudah mengaku salah.

Kini Rafizi dikenali sebagai Raja Formula Songsang dan Raja Laporan Palsu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker