Kitar Semula Janji Manis Berbau Hancing PKR Lagi

Oleh Tun Teja

REALITINYA parti PKR berbohong dan menipu rakyat dari dahulu hingga kini. Fakta tersebut berdasarkan bukti-bukti sepanjang parti tersebut wujud dalam negara kita dan diperkukuhkan lagi sepanjang Pakatan Harapan(PH) menjadi kerajaan apabila mereka menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun perkara tersebut tidak menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalannya Rafizi Ramli dari terus mengulangi “janji populis berbau hancing” yang dikitar semula.

Datuk Seri Najib Razak turut membidas Anwar dan Rafizi berhubung kenyataan mereka pada kongres parti. Anwar mengulangi janji lepasnya untuk menurunkan harga petrol pada keesokan harinya jika dia menjadi perdana menteri.

Beliau dikatakan menyindir janji “populis” Anwar, sambil mengejek rancangan Rafizi untuk menghantarnya ke penjara.

Anwar berkata kerajaan PH sebelum ini tidak dapat memenuhi janjinya, kerana dia bukan perdana menteri. Namun rakyat tahu ini semua cuma ulangan “janji populis berbau hancing” yang dikitar semula.

Untuk makluman, harga petrol kita merupakan antara 10 paling murah dalam dunia. Oleh itu, kemyataan Anwat dilihat sebagai tidak masuk akal.

“Bila dia menang, mungkin petrol kita lagi murah banding Venezuela kot,” katan Datuk Seri Najib pada hantaran di Facebook.

Venezuela mempunyai harga petrol termurah di dunia namun mengalami apa yang dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai kemerosotan ekonomi paling teruk di dunia sepanjang dekad lalu.

Rafizi dalam ucapan pula menyeru ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib berhubung dakwaan pembohongannya yang dikatakan “syok racun rakyat.”

“Setelah empat bulan berkali-kali gagal untuk sangkal saya, hari ini dia arahkan semua ahli PKR pulak supaya bekap dia untuk sangkal saya. Sendiri gagal, satu parti diarahkan bekap (back up) dia untuk lawan saya seorang. Macam budak kalah main guli, dia ajak member bekap pula,” sindir Datuk Seri Najib.

Rakyat tahu hantaran Najib di media sosial bukanlah pembohongan tetapi berdasarkan fakta manakala apa sahaja kenyataan yang Rafizi dan Anwar buat dilihat sebagai satu lagi penipuan yang PKR cuba lakukan samada dalam media sosial atau pun media arus perdana.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker