Najib masih popular, label kluster mahkamah tak relevan – Penganalisis

Najib masih popular, label kluster mahkamah tak relevan – Penganalisis

Label “kluster mahkamah” yang digunakan bagi pemimpin Umno tertentu tidak penting dan tidak akan menjejaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, berkata pemimpin gabungan itu masih popular, terutama bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana pandangannya dalam pelbagai isu dapat diterima rakyat.

Beliau mengulas mengenai impak label “kluster mahkamah” terhadap peluang BN dalam PRN Johor.

Pesaing BN memomokkan kumpulan pemimpin Umno yang berdepan perbicaraan, dengan berkata mereka akhirnya boleh kembali berkuasa jika gabungan itu memenangi PRN Johor.

Jeniri berkata, walaupun Najib tidak lagi berkuasa sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, ramai yang masih ingat dasarnya yang mengutamakan rakyat, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam bentuk wang tunai, dan ini dapat dilihat melalui pujian diterima Najib di media sosial.

“Ramai orang tidak kisah tentang kes Najib. Mereka tahu tiada Perdana Menteri yang sempurna,” katanya kepada FMT.

BN dijangka menang pada PRN Johor kerana pengundi Melayu, yang menjadi majoriti diramalkan menyokong Umno.

“PKR adalah parti berbilang kaum, kebanyakan sokongan Bersatu (pada PRU14) diperoleh menerusi Umno, akar umbi Pejuang lemah, manakala ideologi PAS mungkin terlalu melampau,” katanya.

Beliau menjangkakan, BN “menang selesa” seperti di Melaka pada November lalu, di mana ia mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Felo Kanan Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berkata ketidakberkesanan pentadbiran PH dan PN menyumbang kepada populariti Najib, apabila beliau bersuara menentang mereka.

“Mereka yang di atas pagar akan kembali kepada Umno walaupun memilih PH pada PRU lalu,” kata Azmi, memetik prestasi buruk gabungan itu dalam tempoh 22 bulan memerintah. Begitu juga dengan PN. FMT

Najib masih popular, label kluster mahkamah tak relevan – Penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker