Potong Subsidi Pukal Beralih Ke Subsidi Bersasar
Oleh Nurul Aisyah
JANGAN tertipu lagi dengan pembohongan Raja Formula Songsang Rafizi Ramli. Semua kata-kata Rafizi “tak boleh pakai”. Beliau langsung tidak faham dasar ekonomi dan fiskal. Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) Rafizi janjikan bulan dan bintang sekiranya Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia. Namun apabila rakyat menangkan PH pada PRU-14, mereka tidak kotakan janji. Malah PH telah merosakkan ekonomi negara dengan kebodohan dan kesombongan mereka mentadbir.
Ketika Barisan Nasional memerintah negara, Datuk Seri Najib telah memotong subsidi pukal untuk beralih ke subsidi bersasar (seperti minyak masak berpaket) kerana subsidi pukal lebih memanfaatkan orang kaya dan penyeludup yang akhirnya memanfaatkan rakyat di negara-negara jiran semata-mata.
Langkah bijak tersebut telah meningkatkan ekonomi negara. Defisit kerajaan serta nisbah hutang negara turun 9 tahun berturut-turut. Penjimatan dari tindakan tersebut dialih terus kepada pemberian wang tunai dalam pelbagai skim seperti bantuan sekolah, pemansuhan yuran sekolah, bantuan BR1M, Kad Siswa yang tidak pernah wujud sebelum Datuk Seri Najib menjadi PM.
Subsidi bersasar membolehkan rakyat memilih di mana mereka mahu belanjakan bantuan ini dan bukan dipaksa menerima subsidi pukal. Contohnya, orang yang tiada kereta dan bergantung kepada motosikal atau pengangkutan awam tidak terkesan berbanding orang berkereta yang mendapat subsidi petrol.
BR1M tak pernah wujud sebelum Najib jadi PM. Ianya pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012 dengan kadar RM500.Tiap-tiap tahun kemudian, BR1M dinaikkan nilainya atau jumlah penerima yang layak diperluaskan sehingga menjadi RM2,000 bagi tahun 2018 sekiranya BN menang.
Hebatnya perancangan kerajaan BN ketika Najib jadi PM, pertambahan BR1M dilaksanakan tanpa menaikkan defisit kerajaan atau menaikkan kebergantungan kepada hasil minyak mahupun menjarah dana Petronas.
Malah defisit kerajaan menurun bagi 9 tahun berturut-turut. Dengan itu, nisbah hutang negara kepada KDNK turut menurun setiap tahun.
Kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak juga turun setiap tahun.
Rizab bersih Petronas pula naik dari RM30b ke RM176b pada bulan Mei 2018 sebelum PRU14.
Dalam tempoh masa 6 tahun, nilai bayaran BR1M naik 4 kali ganda dari RM500 pada tahun 2012 ke RM2,000.bagi tahun 2018.
Melihat track rekod dan trend kenaikan, sekiranya kerajaan tidak bertukar, BR1M mungkin sudah RM3,000 atau RM4,000 tahun ini. Dividen serta hibah tabung-tabung simpanan tinggi dengan konsisten sepanjang tempoh.
Negara ditimpa malapetaka apabila PH memerintah selama 22 bulan diikuti dengan Perikatan nasional (PN).
1. Defisit naik semula.
2. Hutang negara dan nisbah hutang naik.
3. Kebergantungan kepada hasil minyak naik.
4. Petronas dijarah RM84b.
5. Aset-aset negara dijual satu persatu.
6. Nilai aset Khazanah jatuh 30% berbanding kenaikan hampir 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b sepanjang tempoh Najib jadi PM.
7. Ekonomi laju merudum.
8. Dividen dan Hibah menjunam.
Formula Rafizi ternyata tidak boleh pakai. Formula Rafizi disahkan songsang. Hanya 30 Ringgek yang mampu rakyat kecapi zaman PH. Pelbagai bantuan lain dimansuhkan.
You must be logged in to post a comment.