PH Lantik MPP PKR Jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Satu Pencabulan Integriti

Oleh Nurul Aisyah

MASIHKAH anda ingat sejarah hitam negara apabila ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah lantikan politik ketika Pakatan Harapan(PH) menjadi kerajaan selama 22 bulan. Latheefa Beebi Koya yang merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kemudian jadi ketua pesuruhjaya SPRM.

Latheefa Koya juga menjadi bahan jenaka apabila ramai mempertikaikan dan mempersoalkan dalam tempoh sebulan peguam PKR itu dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya, banyak bintang dan pingat atau riben perkhidmatan yang dipakai pada pakaian seragamnya.

Ketika debat Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke 6 itu membangkitkan tindakan tidak bertanggungjawab PH tersebut.

Menjawab soalan yang dikemukakan Anwar berhubung integriti dan ketelusan ketika pentadbirannya, Najib membangkitkan keputusan kerajaan PH pada 2018 untuk melantik peguam Tommy Thomas sebagai peguam negara dan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

“Jika benar nak lawan rasuah, (untuk) integriti, tak boleh ada pendakwaan terpilih.

“Jika benar nak lawan rasuah…Jangan pilih bulu,” kata Najib.

Apabila PH selesai melantik Tommy Thomas dan Latheefa Koya, serangan terhadap Datuk Seri Najib dilancarkan secara besar-besaran tanpa sebarang bukti yang kukuh. Pendakwaan-pendakwaan yang tidak masuk akal dibuat dengan rakus tanpa berperikemanusiaan.

Mengenang detik-detik penggeledahan rumah Najib pada malam pertama Ramadan 2018, serbuan yang bermula pada malam 16 Mei itu melayan seolah-olah Najib ialah suspek kes yang melibatkan mati mandatori.

Pada lewat malam 1 Ramadan 2018, menyaksikan lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria berada di luar banglo Najib di Langgak Duta bagi tujuan penggeledahan yang berlanjutan sehingga 18 jam.

Kemudian Najib dan beberapa ahli keluarganya dikenakan berbagai pertuduhan berkaitan skandal 1MDB, termasuklah pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan jenayah pecah amanah walaupun tidak ada sebarang bukti kukuh untuk bertindak sedemikian.

Selepas penganiayaan dibuat oleh PH dan Mahathir terhadap Datuk Seri Najib, Anwar masih bertanya soal integriti? Itu namanya soalan makan tuan.

Para penganalisis berpendapat, Anwar sengaja bertindak demikian untuk membalas dendam terhadap Mahathir kerana akhirnya salahlaku Mahathir yang akan terbongkar apabila audit forensik dilaksanakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker