Sulaiman Kekal Ketua Menteri Melaka

Oleh Nurul Aisyah

BEBERAPA pemimpin pembangkang dilihat sedang cuba mengeruhkan suasana politik negeri Melaka disaat umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan membuat gesaan yang provokatif.

Adun Ayer Keroh Kerk Chee Yee dari parti DAP mahu ADUN Barisan Nasional (BN) membuktikan tiada usaha untuk menggulingkan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali. Kerk Chee Yee pernah membuat gesaan yang sama sebelum ini. Kini beliau mengulanginya lagi.



Sebagaimana yang kita ketahui, Sulaiman kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. Apakah motif Kerk Chee Yee mengulangi gesaan yang sama berulangkali? Sepatutnya beliau fokus menjaga kawasan DUN Ayer Keruh dan tidak campurtangan dalam urusan parti lain.

Menurut Kerk, perkara serupa timbul dua bulan lalu, dia telah meminta kesemua 20 wakil rakyat BN untuk menolak dakwaan itu dengan memberi sokongan kepada Sulaiman yang merupakan Adun Umno Lendu.

Bagaimanapun, jelas Kerk BN telah melabelkan persoalannya itu sebagai “politik murahan”. Dakwaan tersebut telah dinafikan Umno Melaka. Namun Kerk tetap tidak berpuas hati dan masih mahu mengganggu urusan kerajaan Barisan Nasional Melaka.

Perlu kita ingat, Kerk merupakan pemimpin DAP yang sibuk campurtangan dalam urusan parti lain. Beliau dilihat sengaja menimbulkan suasana huru-hara dalam kerajaan BN Melaka.



Spekulasi bahawa Sulaiman telah dipaksa untuk meletakkan jawatan hanya merupakan cetusan para pemimpin pembangkang yang mahu mengganggu keamanan kerajaan Melaka yang sedang bertungkus lumus membangunkan ekonomi negeri tersebut.

Politik murahan pemimpin DAP itu tidak perlu dilayan. Ada motif yang sedang mereka rancang disebalik gesaan tersebut. Apa yang pasti, motif tersebut bukan untuk kepentingan rakyat Melaka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker