Jangan Lupa Peristiwa “The Linggam Tapes”, Mahathir “Control” Semua Hakim
Oleh Nurul Aisyah
MASIHKAH rakyat Malaysia ingat berkenaan klip video peguam kanan Datuk VK Lingam. Klip video itu adalah rakaman perbualan Lingam dengan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim-hakim.
Selain Dr Mahathir dan Lingam, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dan dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin turut dinamakan dalam video tersebut.
Memetik portal Malaysia Today, dalam klip video tersebut mendedahkan seorang peguam senior telah mendedahkan bagaimana Mahathir “control” Ketua Hakim sampai ke Hakim Mahkamah Rendah dan semua hakim akan buat apa yang Mahathir suruh.
Pendedahan tersebut dikatakan telah mengoncang Malaysia. Kenaikan pangkat Hakim dan pertukaran hakim dikatakan ditentukan oleh Mahathir.
Malah dalam surat Syed Ahmad Aidid mendedahkan bagaimana sistem kehakiman penuh dengan rasuah.
Apabila Pakatan Harapan(PH) mengambil negara alih pada tahun 2018, Mahathir campurtangan dalam semua institusi kerajaan. Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dikatakan atau disyaki “orang Mahathir”. Beliau telah dilantik oleh Mahathir.
Oleh itu, apabila Tengku Maimun berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik, pada tahap tertentu, bebas untuk mengkritik, ia tidak bermakna mereka boleh melancarkan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu, bagi kepentingan mereka sendiri dilihat sangat tidak kena pada tempatnya. Wujud “conflict of interest” yang sangat ketara.
Hari-hari Mahathir mendakwa Najib bersalah dengan berbagai kutukan mengenai kes 1MDB sedangkan kes beliau masih berjalan di Mahkamah. Ini adalah kesalahan menghina mahkamah. Mengapa beliau tidak dikenakan tindakan? Adakah kerana Ketua Hakim Tengku Maimun adalah “orang” Mahathir maka beliau kebal?
Maria Chin dipenjarakan kerana sentuh Mahkamah tetapi Tengku Maimun diam membisu ketika Mahathir menghina Mahkamah sesuka hati. Beliau seolah-olah kebal dengan Mahkamah.
Rakyat tahu integriti sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman diragui apabila “the Linggam tapes” dan surat Syed Ahmad Aidid didedahkan. Mahathir dikatakan telah mencatur agar Najib didapati bersalah dengan “control” sistem kehakiman negara. Kini rakyat mahu sistem tersebut diperbetulkan dengan mengantikan orang-orang Mahathir dengan para hakim yang berintegriti dan adil.