3 kali notis tak makan ‘saman’, MBS arah henti ubah suai rumah ala ‘kuil’ di Mantin

Kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan di rumah berkenaan di Taman Surian, Mantin, Seremban telah dihentikan pihak MBS hari ini.

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik sebuah rumah ala ‘kuil’ di Taman Surian, Mantin di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Beliau berkata, susulan isu tersebut, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.



Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MBS.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan.

Dakwanya, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan (MBS) melainkan notis memberhentikan kerja pengubahsuaian dikeluarkan kepada pemilik rumah berkenaan. -K

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib



Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker