Perjanjian Setan Muhyiddin Dan Pembangkang Untuk Jadi PM

Oleh Nurul Aishah

MEMANG Mahathir mengatakan beliau tidak bersetuju dengan permintaan Muhyiddin yang meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi pada 1 April yang lalu.

Namun hakikat sebenar pertemuan antara Muhyiddin dan Mahathir tidak akan dibocorkan oleh Mahathir. Kita amat maklum bahawa apa yang diucapkan Mahathir tidak sama dengan niat sebenar beliau, selalunya ia “opposite” apa yang dinyatakan.

Malah Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengeluarkan kenyataan berbeza, mendakwa komunikasi antara Muhyiddin dengan Mahathir dimulakan oleh ahli parlimen Langkawi itu.

Menurut sumber, sebenarnya wujud rundingan sulit antara Muhyiddin dan pembangkang untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Semua pemimpin pembangkang dikatakan bersetuju untuk melantik Muhyiddin sebagai PM memandangkan Mahathir sudah terlalu tua untuk menjadi PM sekali lagi.

Keputusan tersebut juga dibuat untuk menjaga hati Mahathir yang mahu memastikan Anwar tidak akan berpeluang menjadi PM. Dalam perkara ini, Mahathir dikatakan langsung tidak dapat berkompromi apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim. Mungkin dendam lama belum lagi hilang.

Selain daripada itu, faktor Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan dari mana-mana pihak untuk menjadi PM turut mendorong nama Muhyiddin sahaja yang dipilih oleh pembangkang sebagai poster boy mereka.

Walaupun sesetengah pihak berpendapat amat sukar PN untuk diterima oleh mana-mana parti pembangkang berikutan pengkhianatan yang telah dilakukan sebelum ini namun memandangkan mereka tidak ada pilihan lain kerana calon yang tinggal hanyalah Muhyiddin Yassin yang dipersetujui oleh semua pembangkang untuk menjadi PM jika mereka menang dalam PRU15 kelak.

Kini pemimpin Umno yang pro-Bersatu semakin senyap apabila didedahkan oleh Tun Mahathir bahawa Muhyiddin berjumpa dengan beliau kerana mahu kembali menjadi perdana menteri dan mahu bekerjasama dengan Tun. Malah Warisan dan PKR juga dikatakan telah didekati oleh Muhyiddin.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker