Formula Songsang Sapura Energy Rafizi Buktikan Bodoh Tidak Boleh Diajar

Oleh Nurul Aishah

SEMAKIN lantang Rafizi bersuara semakin ketara kebodohan beliau pamerkan. Kadang-kadang kami malu baca formula songsang Rafizi yang dilihat sangat terdesak untuk buat “comeback” sehingga sanggup memperbodohkan diri sendiri dan juga rakyat.

Baru-baru ini Naib Presiden PKR itu berkata, pengarah eksekutif Sapura Energy Bhd menerima kira-kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran dari 2009 hingga 2018 ketika Najib Razak menjadi perdana menteri.



Menurut Rafizi, sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, Najib seharusnya memikul amanah dengan memberi hala tuju selain memastikan institusi dana rakyat seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mendapat nilai yang terbaik daripada pelaburan mereka.

Ceteknya pemikiran Rafizi. Sombongnya akhlak beliau. Angkuhnya peribadi Naib Presiden PKR.

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersuara ketika CEO Sapura Energy dibayar dengan gaji lumayan memandangkan sebelum tahun 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimilik CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

Ianya bukan GLC dan tidak di bawah pengawasan dan pengawalan Datuk Seri Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri.



Syarikat swasta yang bayar gaji, shareholders dan lembaga pengarah swasta yang meluluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya. Sekiranya mereka mahu bayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Sebelum ini, Najib menggesa kerajaan melindungi Sapura daripada muflis dengan memberi pinjaman atau mengarahkan Petronas atau Khazanah Nasional mengambil alih pemilikan syarikat itu daripada PNB.

Katanya, membenarkan Petronas mengambil alih pemilikan dan memberi pinjaman mudah kepada Sapura akan membolehkan firma perkhidmatan petroleum itu meneruskan kontraknya manakala bank mempunyai keyakinan untuk menyambung semula kemudahan kewangan kepada syarikat terbabit.

Perkara tersebut ditentang habis-habisan oleh Rafizi dan PH. Kaedah Rafizi ini adalah contoh masalah pemikiran dan pendekatan geng PH dan antara sebab mereka tidak boleh diberi peluang lagi untuk memerintah sesebuah negara dan menjaga ekonomi.
Mereka lebih cenderung untuk cari salah dan bukan untuk menyelesaikan masalah demi menjaga kepentingan Rakyat dan ekonomi.



Kini Datuk Seri Najib mahu Rafizi pula menjawab soalan beliau. Di mana suara Rafizi apabila anak Tun Mahathir menjual kesemua kepentingan saham dalam Sapura untuk mendapat dana sekitar RM3 bilion hingga RM4 bilion pada tahun 2015 hingga 2017?

Di mana suara Rafizi dan PH semasa kerajaan PH suntik dana tambahan sebanyak RM2.7 bilion ke dalam Sapura Energy pada tahun 2019 untuk menjadi pemilik saham terbesar dengan pegangan 40% saham biarpun dah lama tahu gaji bekas CEO adalah amat tinggi?

Yang bail-out Sapura Energy (2019) PH

Tapi PH bisu masa itu. Sekarang bising pula



Dengan itu, Sapura menjadi GLC pada tahun 2019 dan bekas CEO itu bersara sebagai CEO pada bulan Mac 2021. Seluruh pengurusan atasan dan lembaga pengarah Sapura juga telah bertukar.

Sapura Energy merupakan syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar Malaysia dan Asia kini berdepan risiko muflis. Apabila perkara ini terjadi maka

1. kita juga kehilangan satu lagi syarikat Multinasional (MNC) dari Malaysia yang sedang dan pernah melaksanakan projek besar di lebih 20 negara

2. PNB sedang rugi RM4 bilion hingga RM5 bilion



3. Lebih sepuluh ribu pekerja Sapura dan vendor-vendornya bakal dibuang kerja

4. Beribu-ribu syarikat PKS vendor-vendor Sapura terjejas dan tidak menerima bayaran sejak setahun lalu.

5. Ekosistem O&G negara yang telah dibina sejak 1974 berdepan risiko runtuh dan kita juga akan kehilangan ramai bakat dan kemahiran dan mungkin kita juga terpaksa bergantung kepada kepakaran luar seperti diulas Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia

6. Bank-bank tempatan yang dimilik tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP dan PNB akan terdedah kepada risiko kerugian pinjaman RM10 bilion Sapura.



Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara pada ketika permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi dengan harga tinggi.

Sekiranya Petronas yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, kerajaan tak perlu mengunakan satu sen pun untuk memulihkan Sapura.

Malah Petronas berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke keadaan sebelum ini.

Jika Sapura dibiarkan muflis ianya tak memberi sebarang manfaat pada negara.

Pemikiran Datuk Seri Najib sangat berbeza bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Rafizi.

Datuk Seri Najib mahu selesaikan masalah tapi Rafizi pula cuma mahu mencari salah walaupun Sapura bukan syarikat majoriti milik GLC sebelum tahun 2019.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker