PRN Johor: Muhyiddin Perlekehkan Parti Mahathir, MUDA

Oleh Nurul Aishah

Semakin hari semakin teruk Muhyiddin cuba menarik perhatian pengundi. Tidak cukup dengan ‘fatwa’ keluar UMNO dapat pahala, hadir ke majlis ada tarian seksi serta melabelkan Najib dan Zahid kini beliau menyerang parti-parti baharu yang ditubuhkan pula.

Parti Pejuang dan MUDA adalah antara yang Muhyiddin maksudkan ‘membuang masa’ sekiranya memilih kedua parti ini.



Muhyiddin tidak sedar bahawa PPBM juga parti yang baharu. Ditubuhkan bersama dengan Mahathir semata-mata kecewa tidak dapat ‘merampas kuasa’ dari dalam UMNO.

Gabungan PPBM bersama PKR, DAP dan PAN menang di pilihanraya umum ke 14 dengan menipu dan akhirnya mengaku manifesto mereka bukanlah dari kitab suci. Alasan terbaik untuk tidak tunaikan janji.

Satu perkara yang pelik dan masih belum terjawab, dari mana Muhyiddin perolehi dana untuk partinya yang masih di kategori sebagai baru?

Kenyataan yang berbaur sombong dan bongkak semalam menunjukkan Muhyiddin begitu terdesak. Kalah di pilihanraya negeri Melaka telah merosakkan imej beliau sebagai presiden parti dan sekiranya tumbang atau kalah teruk di Johor maka partinya bersama PAS akan mendapat kecelakaan yang teruk pada pilihanraya umum nanti.



Rakyat Johor bijak menilai. PPBM, PKR, PAN dan MUDA adalah dari alur DNA yang sama iaitu pakatan harapan. Masing-masing akan bergabung untuk bentuk kerajaan sekiranya kerusi yanf mereka menangi antara satu sama lain tidak mencukupi.

PAS pula pernah bersama DAP dan PKR di dalam gabungan Pakatan Rakyat ketika melawan Barisan Nasional. Juga dari DNA yang sama iaitu DNA menipu rakyat.

Bangsa Johor jangan tertipu lagi dan lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker