PRN Johor: Calon MB Tidak Dapat Diputuskan
Oleh Megat Terawih
Hari mengundi sudah hampir tiba tetapi bagi gabungan dan parti politik anti UMNO BN, mereka masih tidak capai kata sepakat siapakah yang akan mewakili mereka memimpin kerajaan negeri.
Pakatan Harapan bersama MUDA dikatakan condong memilih calon dari PAN kerana calon MUDA tidak ada yang layak. Keputusan tersebut adalah dari DAP.
PKR juga masih berteka teki, apakah mereka akan menurut kemahuan DAP atau sudah mempunyai calon sendiri. Setakat ini Maszlee dikatakan antara calon pilihan namun rekod buruk beliau ketika menjadi menteri kerajaan pakatan harapan selama 22 bulan menyebabkan beliau bukan pilihan rakyat.
Ditambah pula beliau juga antara wakil rakyat yang ingkar kepada janji tol percuma bagi rakyat Simpang Renggam. Reputasi beliau tercalar teruk.
Parti milik Mahathir, Pejuang pula rata-ratanya adalah muka baharu di dalam politik. Calon tangkap muat dan amat merbahaya bagi kedudukan negeri Johor sekiranya mereka diberi amanah sebagai Menteri Besar.
PAS tidak akan sekali-kali menawarkan diri kerana di dalam Perikatan Nasional, parti Muhyiddin lebih dominan.
Menurut sumber, kesemua parti anti UMNO dan BN bakal bergabung untuk menubuhkan kerajaan negeri namun sehingga kini tiada kata sepakat dapat dicapai oleh kesemua pemimpin mereka.
Nampak gaya, bangsa Johor sekiranya silap memilih maka kerajaan pakatan harapan 2.0’ yang dipimpin oleh DAP bakal memerintah Johor.
Kesengsaraan 22 bulan selepas pilihanraya umum ke 14 adalah pengajaran terbaik. Apakah akan lalui sekali lagi?