Sharifah Azizah Teruja Bertanding Ditempat Legasi Allahyarham Bapa

Oleh Nurul Aishah

BERTUAH Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota apabila Barisan Nasional (BN) mencalonkan  Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Beliau seorang yang banyak pengalaman di Parlimen Kluang malah sudah turun temurun tinggal di sini.

Bapa Datuk Sharifah Azizah,  Allahyarham Datuk Syed Zain Al Shahab merupakan Ketua UMNO Bahagian Kluang yang pertama di negara ini.



Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 ini sudah sebati dengan dunia politik . Hidup beliau didedikasikan untuk kebajikan dan perjuangan buat masyarakat Kluang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Datuk Sharifah bertanding di DUN Penawar dan menang. Kini beliau diberikan peluang untuk bertanding di tempat sendiri, Kluang yang merupakan tempat tumpah darah beliau.

Rata-rata penduduk dan pengundi Dun Mahkota mengenali beliau dengan gelaran mesra Umi.



Datuk Sharifah berikrar akan pastikan semua perkhidmatan beliau di DUN Penawar itu akan beliau gandakan di DUN Mahkota ini. Beliau begitu teruja memandangkan Mahkota adalah tempat legasi Allayarham ayah beliau.

Apa yang pasti, Datuk sharifah tidak gentar dengan calon-calon lain kerana hakikatnya kaum hawa memainkan peranan semak dan imbang dalam politik negara. Pengundi kini kenal pemimpin mereka, siapa yang benar-benar berkhidmat untuk mereka.

DUN Mahkota akan menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Sharifah dari BN, Mohamad Nor Lingan daripada Perikatan Nasional (PN), Muhammad Taqiuddin Cheman mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Mohamed Noor Suleiman daripada Parti Warisan (Warisan).

Pada PRU14, DUN Mahkota dimenangi oleh PH dari Amanah, Muhamad Said Jonit dengan undian sebanyak 19,507 mengalahkan calon BN Datuk Md Jais Sarday dan PAS, Muhammad Hasbullah Md Najib.



“Saya tidak pandai retorik, tidak juga akan berjanji bulan bintang kerana selama ini sudah lama berkecimpung dalam politik yang fokusnya adalah menjaga kebajikan rakyat kita, ini bukan masa untuk saya berkempen sebaliknya menyedarkan umum tentang realiti pada hari ini.”- Datuk Sharifah Azizah

Rakyat Mahkota , jom kita undi Datuk Sharifah Azizah!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker