PRN Johor: Calon MUDA Semuanya Menipu?
Oleh Megat Terawih
Apabila terdesak, samada calon atau parti atau keduanya akan menipu untuk meraih undi bagi mendapat kemenangan.
Samada ianya arahan atau mengikut akal fikiran sendiri. Tetapi apabila ianya seperti alur arahan yang sama maka itu adalah strategi. Menipu juga strategi untuk menang.
Di dalam pilihanraya umun ke 14, buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia merdeka parti Barisan Nasional tumbang setelah lebih 60 tahun memerintah negara.
Faktor utama kalah adalah kerana strategi menipu pengundi yang dirancang oleh parti lawan berjaya. Pengundi terpengaruh dengan fitnah yang direka dan akhirnya membuat pilihan untuk mencuba kerajaan baharu.
Apabila sudah berkuasa dan menjadi kerajaan, segala janji dinafikan dan dengan mudah tanpa meminta maaf, pakatan harapan yang menang ketika itu membuat kenyataan bahawa segala janji di dalam buku manifesto yang mereka ikrarkan adalah bukan janji dan ianya bukan dari kitab suci.
Betapa kecewanya rakyat. Segala janji percuma itu dan ini termasuk hapuskan hutang PTPTN juga adalah pembohongan semata. Anak muda rata-rata yang terpedaya dengan janji manis Syed Saddiq bersama pakatan harapan menyesal menggigit jari. Mudahnya mereka ditipu untuk mendapatkan undi orang muda.
Kini di pilihanraya negeri Johor, DAP memberi sokongan padu dan mungkin DAP juga sebagai penaja kewangan utama parti Syed Saddiq, MUDA. Sebanyak 7 kerusi DAP serahkan kepada MUDA dengan bersyarat yang masih menjadi rahsia tetapi rakyat Johor sudah boleh mengagak bahawa antara syarat utama adalah taat kepada apa juga arahan DAP.
Strategi DAP mudah, menggunakan calon muda dari parti Syed Saddiq untuk meraih undi golongan muda sekali lagi. Hampir seratus peratus sama dengan janji ketika DAP memimpin pakatan harapan berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia.
Gaji besar, bawa pulang kesemua yang bekerja di Singapura dan sediakan mereka dengan peluang kerja di Johor khasnya.
Taraf pendidikan dinaikkan walaupun ketika mereka memerintah ada cubaan mengubah sejarah disukatan pelajaran pelajar menengah dengan menjadikan komunis sebagai hero rakyat?
Itu adalah sebahagian janji calon MUDA bagi DUN Puteri Wangsa.
Lain pula dengan calon MUDA yang dikatakan menipu kerjaya kononnya beliau adalah pengasas produksi ‘Kluang Man’ dan ‘Keluarga Sidek’ sedangkan pemilik produksi tersebut menafikan sekerasnya.
Cerita presiden MUDA lain pula, berkobar-kobar ceramah isu mengubah negara dengan pemimpin MUDA tetapi apabila berhadapan dengan kes jenayah menipu wang parti, beliau tidak pula mengupah peguam dari parti MUDA yang beliau sendiri puji hebat dan sebagainya. Sebaliknya Syed mengupah peguam yang berumur 60 tahun lebih untuk membela kes penggunaan duit parti.
Kali ini Bangsa Johor diuji lagi sekali, terjerat atau tidak dengan umpan pembohongan MUDA dan pakatan harapan yang dipimpin DAP?
You must be logged in to post a comment.