Pentadbir ‘sekolah kejam’, KPM diiminta jangan tidur dan campur tangan segera [VIDEO]

KUALA LUMPUR: Ibu bapa sebuah sekolah rendah di Damansara meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan segera ke atas guru besar dan guru penolong kanan sekolah berkenaan atas pelbagai tindakan yang didakwa sebagai ‘kejam’, bukan sahaja kepada pelajar tetapi warga pendidiknya.

Mereka mendakwa pentadbir berkenaan mewujudkan situasi tidak harmoni dalam hubungan antara warga sekolah selain ‘kebal’ walaupun aduan dibuat terhadap mereka termasuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Wakil ibu bapa yang mengemukakan bantahan itu, Sumayyah Mohd Marzuki menyuarakan kekecewaan kerana semua aduan yang dibuat sejak tiga tahun lalu di pelbagai peringkat tidak dilayan, malah turut mendakwa JPN Selangor dan PPD Petaling Utama sehingga kini hanya berdiam diri.



Malah, dakwanya, ada ibu bapa sekolah itu menaikkan kain rentang bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai dua individu itu sejak semalam.

“Kami sendiri terkejut apabila kain rentang itu digantung di depan sekolah sejak semalam dan tak tahu siapa yang melakukannya. Begitu juga pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bukan mereka yang rancang untuk menaikkan kain rentang itu. Mungkin ada ibu bapa yang mengambil tindakan sendiri kerana kecewa selepas sekian lama pelbagai isu melanda anak-anak di sini.

“Ada tiga kain rentang dinaikkan, satu daripadanya di depan sekolah. Hari ini, yang saya perasan, dua daripada kain rentang itu sudah diturunkan. Kami bersetuju dengan bantahan yang disuarakan menerusi kain rentang itu bagaimanapun kami tak bersetuju dengan gesaan supaya mereka ditukarkan ke sekolah lain kerana bimbang mereka akan bawa masalah sama seperti di sini,” dakwanya lagi.



Kain rentang berkenaan yang tular di media sosial, mengemukakan ketidakpuasan hati ibu bapa terhadap guru besar dan penolong kanan berkenaan yang didakwa bersifat kejam, sekali gus menggesa KPM menukarkan mereka dalam kadar segera.

Sumayyah turut mendakwa, sebaik isu itu menjadi tular, ramai guru yang turut menghubunginya dan berterima kasih, malah turut berkongsi masalah dihadapi mereka sepanjang bekerja di bawah pentadbir berkenaan.

Malah, beliau mendakwa, ada guru yang memberitahu tidak diberikan sokongan untuk melakukan latihan untuk pelajar yang menyertai pertandingan di luar sekolah, selain ada yang mendakwa permohonan cuti dibatalkan tanpa sebab munasabah.

“Apa yang kami mahu, mereka berdua ini tak dibenarkan langsung berada di mana-mana sekolah kerana untuk berkhidmat (di sekolah), perlu ada kesediaan yang tinggi untuk bekerjasama dengan pihak guru, ibu bapa dan pelajar.



“Selama ini, hubungan ibu bapa dan guru di sini amat baik, malah semua aktiviti atau bantuan yang diperlukan sekolah, kami cuba penuhi sebaik mungkin. Namun, sejak guru besar baru ini masuk ke sekolah ini, semuanya jadi terbatas dan disekat sekali gus turut memberi kesan kepada prestasi pelajar,” dakwanya.

Dalam pada itu, usaha BH untuk mendapatkan reaksi PIBG setakat ini belum berhasil memandangkan mereka enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, KPM ketika dihubungi memaklumkan akan mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak berkaitan.

Seorang pengguna TikTok, @Fiq menerusi satu video mendakwa anaknya pernah menjadi mangsa buli di sekolah berkenaan.



“Saya terkejut dengan ‘banner’ yang naik (semalam). Saya fikir, saya saja alami (pengalaman tidak menyenangkan), rupanya ramai berdepan perkara sama.

“Anak saya sendiri pernah menjadi mangsa buli di sekolah ini, malangnya, pihak atasan sukar berunding secara profesional. Ibu bapa dah cuba berbincang dah minta campur tangan PIBG dan PPD, tapi tak jalan,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker