PRN Johor: Cina Johor Perlu Pilih BN
Oleh Megat Terawih
Mungkin mereka merasakan apabila ekonomi sudah kukuh maka perkara seterusnya yang wajar dimiliki adalah kuasa.
Selama lebih 60 tahun Barisan Nasional yang ditunjangi oleh tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India serta beberapa kaum di Sabah dan Sarawak memberi perkhidmatan yang terbaik mengikut kadar kemampuan semasa negara.
Selama dekad tersebutlah maka kek ekonomi dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Nisbah pembahagian kek kemakmuran negara termaktub di dalam agenda nasional dan terbuka kepada semua mengikut kemampuan kendiri.
Bangsa Cina apabila sudah menguasai ekonomi negara maka mereka lupa pada jasa kerajaan Barisan Nasional.
Mereka lupa wakil bangsa mereka melalui parti MCA berusaha sebaik mungkin agar kaum mereka tidak ketinggalan. Tiada istilah pendatang, semua kaum boleh memasuki ‘pasaran terbuka’ merasai kek ekonomi negara. Namun sebagai manusia, lupa diri adalah lumrah.
Maka terjadilah sokongan beralih arah kepada pembangkang di pilihanraya umum ke 11. Beberapa negeri berubah kerajaan kepada kerajaan pimpinan DAP.
Kemuncaknya pada pilihanraya umum ke 14, negara bertukar kerajaan pusat. Pakatan Harapan pimpinan DAP berkuasa dan bermulalah apa yang di takuti selama ini menjadi kenyataan.
Selama 22 bulan mereka memerintah melalui boneka tua, Mahathir, negara menjadi teruk dari pelbagai segi. Ekonomi merudum. Pasaran saham hampir menunjukkan mata ke arah negara menghampiri muflis.
Harta strategik milik rakyat dijual dengan harga di bawah pasaran dan kepada kroni.
Barulah Cina dan ‘bangsa kaya’ mula sedar bahawa dengan wang banyak di tangan belum tentu boleh bertambah sekiranya negara jatuh kepada kumpulan penyangak harta rakyat.
Periuk besar, kerak makin bertambah dan nasi untuk di makan sudah tidak berupa seperti rasa nasi lagi.
Sudah banyak contoh negara luar yang muflis kerana silap dan salah pilih kerajaan.
Akhirnya pengalaman secara berkumpulan adalah lebih baik dalam urus tadbir negara dan bukannya bersandarkan Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Mahathir berjaya kerana adanya kabinet yang hebat. Bukan kerana beliau seorang diri.
Bangsa Johor, jangan menyesal.