PRN Johor: Pejuang Jual Diri

Oleh Nurul Aishah

Baru sahaja selesai penamaan calon, parti milik Mahathir yang mengambil keputusan bertanding di 42 kerusi DUN tiba-tiba Pejuang mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama dengan parti lain selepas keputusan pilihanraya negeri Johor diumumkan.

Bekerjasama dengan siapa? Dengan semua parti termasuk UMNO BN atau hanya dengan sekutu anti UMNO BN?

Mukhriz membuat kenyataan yang dilihat amat tidak masuk akal ini kononnya sebagai strategi partinya untuk turut berada di dalam kerajaan negeri Johor.

Pemerhati politik tempatan berpandangan Pejuang tersilap langkah. Nafsu besar untuk membolot sebanyak mungkin kerusi sehingga sanggup berlawan sesama sekutunya dahulu di dalam pakatan harapan tiba-tiba ingin bergabung selepas keputusan pilihanraya.

Bukan setakat Pejuang malah PKR, PAN dan DAP juga menghadapi sindrom tidak percaya antara satu sama lain.

Masing-masing dilihat cuba membuktikan kekuatan parti masing-masing seperti dulu-dulu dan bergabung jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan apabila keputusan sudah keluar.

Kesemua mereka adalah dari pakatan harapan yang membohongi rakyat ketika pilihanraya umum ke 14 yang lalu.

Kali ini mereka menukar strategi kononnya masing-masing pergi solo dengan menggunakan lambang masing-masing kecuali DAP dan PAN.

Wajah parti nampak berbeza tetapi tawaran kepada rakyat adalah sama, ‘tawaran menipu’.

Pejuang dengan janji kerajaan kasih sayang. DAP dan PAN masih kekalkan rentak kononnya kerajaan bersih sedangkan Guan Eng sedang didakwa di mahkamah. Syed Saddiq juga kluster mahkamah atas dakwaan salah guna duit parti.

Reputasi MUDA paling teruk, awal-awal lagi sudah menunjukan mereka adalah barua DAP yang baharu apabila Syed Saddiq menjadi pencadang kepada calon DAP dan bukannya kepada calon parti sendiri.

Pejuang kononnya berbangga meletakkan hampir kesemua calonnya adalah dari kalangan bukan ‘orang politik’ dan tiada pengalaman menguruskan rakyat.

Bagaimana tiada pengalaman mengurus rakyat boleh menjadi pemimpin untuk rakyat? Masa depan rakyat umpama telor di hujung tanduk.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker