Bossku Raikan JDT
Oleh Leftenan Adnan
Dato’ Seri Mohd Najib Razak turut serta dalam menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan KL City di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Harimau Selatan kali ini bangkit menundukkan KL City 3-0 selepas kecundang pada aksi Piala Malaysia 2021 tiga bulan lepas.
Anak buah Benjamin Mora seolah-olah tidak mahu lagi diselubungi rasa kecewa dengan mempamerkan kesungguhan untuk menjulang trofi tersebut.
Kemenangan bermakna itu merupakan hasil jaringan Nazmi Faiz pada minit ke-26 dan rembatan Fernando Forestieri pada minit ke-32.
Tidak cukup sekadar dua gol, pasukan Harimau Selatan sekali lagi membolosi pintu gol KL City pada separuh masa kedua hasil jaringan Afiq Fazail pada minit ke-84.
Kemenangan yang dilakarkan oleh pasukan kendalian Mora itu menandakan kemenangan kelima berturut-turut
Perlawanan Piala Sumbangsih edisi kali ini menarik perhatian ramai kerana ramai yang meletakkan keyakinan terhadap pasukan KL City yang mencatatkan kemenangan Piala Malaysia 2021 sebelum ini.
Dengan kejayaan JDT malam ini, bermakna arena bola sepak tempatan masih lagi dapat menyaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mora kekal ‘beraksi’.
You must be logged in to post a comment.