Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai

Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan Kenyataan Negara ketika Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 pada pagi Jumaat lalu, pelbagai reaksi diberikan beberapa pihak di tanah air.

Ada yang positif dan negatif. Namun, yang positif mengatasi yang negatif membabitkan kelompok pembangkang dan warga netizen mewakili golongan antikerajaan dan Perdana Menteri.



Ini termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang menyifatkannya sebagai hambar serta gagal mendapat perhatian pemimpin dunia.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa, situasi dewan yang lengang ketika Anwar berucap menyampaikan Kenyataan Negara cukup memalukan.

Pejabat Perdana Menteri/Afiq Hambali
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Purnama, Simpang Pelangai, di Bentong, malam kelmarin.

Namun, dalam kalangan mereka yang hadir di kompleks PBB di sini, termasuk perwakilan asing dan diplomat berpandangan sebaliknya dengan memuji Malaysia dan Anwar.



Pada sidang media di akhir penampilan sulung beliau sebagai Perdana Menteri di pentas PBB itu, media Malaysia dimaklumkan oleh pegawai Malaysia bahawa sejurus selesai ucapan, delegasi dan pegawai negara menerima reaksi positif terhadap ucapan Perdana Menteri ketika berada di kompleks PBB.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, berkata ramai yang mengucapkan tahniah, antaranya Vietnam, Indonesia, Brunei, Singapura dan Maldives.

“Kita dapat reaksi positif, ramai dalam kalangan diplomat memuji kita dan memaklumkan pendirian dan ketegasan Malaysia di PBB mendapat perhatian banyak pihak,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, juga memaklumkan beliau menerima ucapan tahniah daripada rakan sejawat daripada banyak negara berhubung ucapan Anwar.



Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pula berkata pelbagai program dalam atur cara perbincangan Anwar dengan pemimpin industri bakal membawa impak besar dalam sektor ekonomi dan pelaburan di Malaysia.

Katanya, butiran dan keputusan perbincangan Anwar bersama pemimpin industri syarikat gergasi akan bersambung di persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco pada November depan yang juga akan diketuai oleh Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar pada sidang media di akhir lawatan empat hari ke New York, menggesa pihak berkuasa di Malaysia, segera menghapuskan kerenah birokrasi dan menambah baik urusan untuk menjalankan perniagaan ketika semakin banyak syarikat mengembangkan operasi ke negara ini atau meningkatkan pelaburan sedia ada mereka.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, melahirkan rasa kecewa kerana dalam beberapa kes, proses membuat keputusan masih lagi lambat dan lewat, seterusnya memberi kesan kepada syarikat yang merancang untuk melabur di Malaysia.



“Sesetengah syarikat yang menemui kami, berkata masih ada kelewatan dalam memberi kelulusan. Saya sangat kecewa apabila mendengarnya kerana kami sudah memberi arahan jelas dan kita tidak boleh berlengah,” katanya.

Anwar menegaskan, Malaysia berada dalam era dan dunia yang sangat kompetitif.

“Jika anda tangguh enam bulan, negara lain akan memberi kelulusan dalam masa dua bulan. Kita akan terlepas peluang disebabkan oleh sikap itu, tetapi untuk berlaku adil, kita sudah melakukan yang terbaik di sini kerana kakitangan bekerja sepanjang masa untuk memastikan semuanya berjalan lancar (pertemuan dengan pelabur),” katanya.

Perdana Menteri berkata, arahan diberikan kepada menteri dan agensi yang berkaitan untuk memastikan semua permohonan diputuskan dengan cepat, termasuk kelulusan untuk pelaburan atau pengeluaran visa.



Sementara itu, Anwar berkata, syarikat aeroangkasa terbesar dunia, Boeing, yang sudah pun memiliki kilang mengeluarkan sayap di Malaysia memaklumkan hasrat untuk mengembangkan pelaburannya dengan mengeluarkan sayap dan bahagian bagi semua jenis pesawat.

Syarikat itu bertapak di Malaysia melalui Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM), pakatan strategik antara Boeing dan Hexcel Corporation. ACM ialah pengeluar komponen komposit canggih bagi industri aeroangkasa.

“Ini keputusan sangat besar untuk Malaysia. Dengan keputusan ini, hampir semua sayap dengan bahagian akan dikeluarkan di Malaysia,” katanya. BH

Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker