6 Kerusi Amanah, Berapa Kerusi Yang UMNO Boleh Rampas Dengan Mudah

Oleh Nurul Aishah

PILIHAN Raya Negeri(PRN) Johor kali merupakan medan pertempuran yang agak sukar bagi Parti Amanah Negara (Amanah). Walaupun Amanah berjaya menang 9 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu namun 3 calon mereka telah melompat ke PKR.

Berbaki 6 kerusi yang mewakili parti Amanah namun Amanah dijangka tidak akan dapat mempertahankan ke semua kerusi mereka.

Tiga kerusi yang disandang wakil rakyat Amanah bakal dirampas dengan mudah oleh UMNO. Ketiga-tiga kerusi tersebut hanya dimenangi dengan majoriti yang sangat tipis oleh Amanah pada PRU-14.

Ketika itu ramai rakyat termakan fitnah paling maksimum yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan(PH). Tiga kerajaan bertukar selepas PRU-14 dan rakyat dapat melihat dengan jelas pembohongan PH, oleh itu kebarangkalian sangat besar UMNO dapat merampas ketiga-tiga kerusi ini semula.

Kerusi-kerusi tersebut adalah:-
1. Maharani
2. Parit Yaani
3. Pulai Sebatang

Amanah hanya mendapat majoriti sebanyak 53.92% bagi kerusi Maharani. manakala kerusi Parit Yaani pula 54.16% dan kerusi Pulai Sebatang 50.73%.

UMNO bakal menang mudah di ketiga-tiga kerusi ini. Perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya UMNO tidak salah percaturan dalam meletakkan calon-calon mereka.

Tiga lagi kerusi Amanah iaitu Kemelah, Simpang Jeram dan Kota Iskandar boleh dirampas oleh UMNO dengan syarat pemilihan calon yang betul dan kerja keras dari semua jentera UMNO.

Baru-baru ini Amanah telah mengumumkan 16 calon yang akan bertanding di bawah PH pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Turut dicalonkan ialah empat calon ‘heavyweight’ Amanah yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan timbalannya, Dzulkefly Ahmad.

Suhaizan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang yang sebelum ini disandang Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai akan kekal di DUN Simpang Jeram, sementara Aminolhuda masih di Parit Yaani dan Dzulkefly terus mempertahankan kerusi DUN Kota Iskandar yang dimenangi pada PRU-14.

Lapan calon muka baharu akan bertanding buat pertama kali. Calon baharu itu melibatkan calon paling muda Amanah, Mohamad Fakrulradzi Mahmud, 32, yang bertanding di kerusi DUN Endau dan calon tertua parti, Mat Khairi Samsudin, 66, yang bertanding di DUN Sedili.

Enam lagi calon baharu diperkenalkan ialah Ahmad Daniel Shahrudin (Panti), Rohani Banu Abd. Rahman Krishnan (Kahang), Abd. Hamid Jamah (Senggarang), Asim Abdullah Ainollotfi (Serom), Elia Nadira Sabudin (Bukit Pasir) dan Norazila Sanip (Penawar).

Sementara itu, Muhammad Taqiuddin akan bertanding di DUN Mahkota bagi menggantikan penyandangnya, Muhammad Said Jonit yang menyertai PKR bersama dua lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Senggarang dan Serom.

Turut bertanding di kerusi sama dimenangi pada PRU-14 ialah Ketua Wanita Amanah Johor, Nor Hayati Bachok di DUN Maharani dan Dr. Sulaiman Mohd. Noh di DUN Kemelah. Amanah juga sekali lagi cuba mempertaruhkan Ketua Amanah Kawasan Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah di DUN Permas.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker