Terbongkar : Tawaran Bersyarat Mahiaddin Kepada Zahid
Akhirnya terbongkar juga cerita yang sebenarnya.
Mahiaddin dakwa kononnya Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, datang berjumpa beliau untuk merayu dilepaskan dari kes mahkamah.
Tetapi kenyataannya, perkara yang sebaliknya berlaku.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Razlan Rafii, mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam akaun Twitter beliau.
Menurut Razlan, sewaktu UMNO hendak menarik sokongan dari Mahiaddin, DS Zahid telah ditawarkan pembebasan kes mahkamah.
Syarat yang dikenakan oleh Mahiaddin dalam tawaran itu ialah UMNO kekal menyokong Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.
Namun, tawaran itu ditolak oleh DS Zahid kerana memikirkan keadaan negara dan rakyat yang makin sengsara di bawah pemerintahan Mahiaddin.
Dalam thread yang sama, Razlan juga membuat pendedahan, waktu Mahiaddin disingkirkan dari UMNO, keluarga Mahiaddin telah menelefon DS Zahid.
https://edisisiasat.com/2022/02/21/tawaran-bersyarat-mahiaddin-kepada-zahid-terbongkar/
Terbongkar : Tawaran Bersyarat Mahiaddin Kepada Zahid
Disyorkan Untuk Anda :
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Muhyiddin ‘berbulu’ kerana Najib masih lagi popular
- Muhyiddin beri amaran akan bocorkan keadaan kewangan negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET