Adakan lebih banyak majlis selawat, munajat – Anwar

Adakan lebih banyak majlis selawat, munajat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan lebih banyak majlis selawat dan munajat dapat diadakan di negara ini bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai agama Islam.

Beliau berkata, program seperti itu juga dapat membantu umat Islam untuk mendekati ALLAH dan sentiasa mengingati kekuasaan-Nya.

“Kita boleh ikhtiar, kita boleh merangka, kita boleh mengadakan strategi ekonomi, budaya, pemerkasaan pelbagai bidang tetapi kita harus bertawakal kepada ALLAH.

“Sebab itu, saya mengambil peluang ini untuk meraikan dai dan ulama bersama-sama mengajak rakan-rakan di seluruh negara ke majlis yang segar dengan semangat umat sentiasa berselawat kepada junjungan besar Rasulullah menggunakan diversiti ini untuk meningkat kefahaman kepada ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.

Menurut Anwar, majlis ilmu itu juga selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berniat untuk mentamadunkan masyarakat dengan usaha perpaduan dan bersatu untuk memanfaatkan insaniah, ekonomi serta sosial.

Namun, katanya, usaha itu perlu berteraskan keyakinan kepada ALLAH dengan mengingati-Nya dan berselawat kepada Rasul-Nya.

Terdahulu Anwar yang tiba bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada jam 7.50 malam menyertai selawat dan qasidah bersama kumpulan Syabab El-Mustafawiyah.

Ahli Parlimen Tambun itu turut bersama-sama menyertai selawat Nuril Anwar serta mendengar ceramah bertajuk “Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia Madani” disampaikan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Biarpun dalam keadaan hujan lebat, ribuan orang datang menyertai program keagamaan dan kerohanian itu yang merupakan cetusan bersama Pejabat Perdana Menteri dengan Pertubuhan Dai Kuala Lumpur bertujuan untuk memperkasakan hubungan ulama, pemimpin dan rakyat.

Adakan lebih banyak majlis selawat, munajat – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker