Menteri PPBM Dan Menteri Kewangan PPBM Bantah Habis-habisan Pengeluaran KWSP RM10k

Oleh Nurul Aishah

RAMAI tertanya-tanya sebelum ini sebab sebenar pengeluaran KWSP RM10,000 terakhir gagal dilaksanakan. Akhirnya persoalan tersebut didedahkan.

Rupa-rupanya menteri-menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menteri Kewangan yang dilantik PPBM dan parti-parti lain menentang habis-habisan usul tersebut. Isu pengeluaran KWSP RM10,000 ini telah di bawa ke mesyuarat kabinet Ismail Sabri untuk dibincangkan namun seperti yang kita tahu ianya gagal dilaksanakan.



Pengeluaran KWSP RM 10,000 tidak berjaya diluluskan oleh kabinet sebab sokongan kepada PM-9 dari Perikatan Nasional adalah bersyarat.

Baru-baru ini Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Bin Shaari menyatakan sokongan terhadap permintaan pengeluaran terakhir KWSP RM10k bagi pencarum tejejas namun beliau tanpa usul periksa telah menyalahkan Ismail Sabri apabila perkara ini gagal dilaksanakan.

Sokongan parti Muhyiddin kepada PM-9 dari PN adalah bersayarat. Memandangkan PN telah pun kata sokongan bagi Ismail Sabri adalah bersyarat dan dia memang calon PN sebagai Perdana Menteri maka sepatutnya Ketua Pemuda PN ini akan suruh menteri-menteri PN yang pernah membantah sebelum ini untuk U-turn dan sokong permintaan i-Citra RM10k kali terakhir ini pula.



Sekiranya kesemua menteri-menteri PPBM, PAS dan UMNO sama-sama bersetuju kali ini untuk diluluskan dalam mesyuarat kabinet maka tiada sebab ianya tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Ini sememangnya akan meringankan beban rakyat sekaligus dapat menjana ekonomi negara dengan lebih baik.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker