42 Calon Pejuang Dijangka Hilang Deposit

Oleh Nurul Aishah

PARTI milik peribadi Mahathir iaitu Pejuang akan bertanding kerusi DUN di Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor. Kesemua 42 calon-calon tersebut dijangka bukan sahaja kalah malah mereka akan turut hilang deposit.

Pejuang dikira sangat bernasib baik jika menang satu dari 56 kerusi DUN Johor. Parti tersebut tiada akar umbi dan rangkaian network sebuah parti seperti UMNO, PKR dan PPBM.

Sebagaimana yang kita tahu Pejuang ditubuhkan semata-mata untuk menaikan ‘Mukhriz” demi menjaga kepentingan Mahathir yang dikatakan ada di merata-rata tempat atas nama pihak lain(proksi).

Tambahan pula Mukhriz bukan orang Johor maka kebarangkalian Pejuang kalah teruk sehingga hilang deposit di PRN Johor sangat tinggi.

Menurut sumber, parti milik Mahathir ini akan bertanding hanya beberapa kerusi parlimen yang mereka jangka pasti akan menang. Kemudian mereka akan membuat perjanjian dengan mana-mana parti lain untuk membentuk kerajaan. Ketika itulah, kepentingan Mukhriz akan “diperjuangkan” dalam erti kata yang sebenarnya.

Menurut penganalisa Senior Fellow Akademi Nusantara Azmi Hassan pula, Pejuang tiada harapan di Johor atas sebab mereka tiada keserasian dengan negeri Johor. Faktor ini menguatkan lagi ramalan bahawa calon-calon Pejuang akan kalah teruk sehingga hilang wang deposit ketika bertanding dalam PRN Johor.

Rakyat dapat melihat dengan jelas prestasi buruk Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri apabila PH memerintah selama 22 bulan. Ianya bagaikan satu mimpi ngeri bagi rakyat Malaysia. Tiada rakyat Malaysia yang mahu melalui sekali lagi mimpi ngeri tersebut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker