Lantikan, Pengubahan Hakim-hakim Dan Dakwaan Terpilih Buat Tommy Thomas Dan Mahathir Gementar
Oleh Nurul Aishah
DENDAM Mahathir terhadap Datuk Seri Najib dikatakan punca beliau merancang untuk menganiaya DSN. Menurut sumber perancangan tersebut melibatkan lantikan dan pengubahan hakim-hakim serta dakwaan terpilih berdasarkan kepentingan politik dan dendam peribadi.
Desas desus tersebut dikuatkan lagi dengan pembongkaran dalam buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas bertajuk `My Story: Justice in The Wilderness’ yang boleh dianggap sebagai bukti terdapat komplot menjatuhkan Datuk Seri Najib sebelum ini.
Ironinya, bekas peguam negara Tommy Thomas menegaskan yang beliau tidak akan bekerjasama atau mengambil bahagian dalam pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan pula.
Dalam surat kepada pengerusi pasukan petugas Fong Soo Chung, Thomas berkata mengambil bahagian dalam siasatan oleh pasukan petugas itu akan menjadi contoh yang berbahaya
Memang sangat pelik perkara ini memandangkan Tommy sendiri yang membongkarkan isu lantikan dan pengubahan hakim-hakim serta dakwaan terpilih berdasarkan kepentingan politik semasa dia Peguam Negara dalam bukunya.
Sendiri bocor, sendiri meroyan pulak apabila kerajaan mahu siasat.
Buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas bertajuk `My Story: Justice in The Wilderness’ boleh dianggap sebagai bukti terdapat komplot menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Pada Februari 2021, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Seri R.S Thanenthiran membuat laporan polis berhubung perkara itu atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara yang patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan negara.
Selain memfitnah Datuk Seri Najib, Tommy juga dilihat sebenarnya telah memfitnah PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apabila mengatakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah merasuah mereka atau ‘bribe his way out’.
Semua ini dinyatakan dengan jelas dalam buku berkenaan pada muka surat 266 dan 267.
Thomas menerusi penulisannya dalam buku itu turut menyatakan Jho Low telah memainkan satu peranan tunggal atau ‘singular role’ dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).
Oleh itu, Thomas perlu dipanggil untuk disoal siasat kerana apa yang terkandung dalam buku tersebut berunsurkan jenayah jika ia benar-benar terjadi.
Difahamkan, sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan polis yang dibuat terhadap bekas Peguam Negara itu di seluruh negara berhubung penerbitan buku tersebut.
Sekarang Tommy menegaskan tidak akan bekerjasama atau mengambil bahagian dalam pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat bukunya pula.
Keadaan ini sangat mencurigakan. Adakah beliau diugut? Adakah beliau dirasuah agar tidak membuka mulut?