King Coco dambakan lelaki gentleman, tolak yang berpangkat

King Coco dambakan lelaki gentleman, tolak yang berpangkat

Pensohor media sosial popular, King Coco yang kini bergelar ibu tunggal mengakui lebih tertarik kepada lelaki ‘gentleman’ atau budiman berbanding lelaki kaya atau berpangkat jika terbuka hati untuk berkahwin sekali lagi.

Katanya, dia lebih selesa menjadi kekasih kepada lelaki sederhana, bukan dalam kalangan mereka yang berpangkat atau mempunyai gelaran darjat tertentu.

“Yang bukan datuk, yang bukan tan sri. Tak nak yang kaya, biasa-biasa saja. Handsome (kacak) okeylah. Tak nak yang handsome sangat.

“Sedap-sedap saya lihat okey dah. Yang penting wajib gentleman (budiman),” katanya ketika menjawab soalan peminat menerusi Insta Story.

Terdahulu, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 23, mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwini pada 1 Januari 2017.

Bagaimanapun, wanita yang menonjol dengan imej seksi dan pelat Inggeris itu tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Selain terkenal dengan gaya percakapan ala ‘Mat Salih’ dan mengakui mempunyai darah pelbagai campuran, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dituduh sebagai perampas suami orang.

Selepas menyepi daripada industri hiburan, namanya ‘naik’ semula apabila netizen cuba memadankannya dengan penyanyi rap, Caprice kerana serasi dengan pelat serupa.

Malah sejak usahawan sensasi itu mengadakan pertemuan dengannya baru-baru ini, usikan terhadap mereka semakin rancak sehingga kedua-duanya dipanggil sebagai ‘Cocorice’ iaitu hasil gabungan nama Coco dan Caprice. K Online

King Coco dambakan lelaki gentleman, tolak yang berpangkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker