Scammer godam akaun bank melalui fail Android Package Kit

Scammer godam akaun bank melalui fail Android Package Kit

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah mengesan satu modus operandi baharu penipuan dalam talian yang menggodam akaun bank melalui muat turun fail Android Package Kit (APK).

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, sindiket penipuan terbabit menggunakan platform media sosial seperti Facebook bagi mengiklankan penjualan barangan atau perkhidmatan penstriman bagi menonton rancangan televisyen.



Menurut beliau, tawaran yang dibuat oleh sindiket juga sentiasa diubah suai bagi menjerat lebih ramai mangsa selain menawarkan barangan pada pakej harga istimewa atau lebih murah.

“Mangsa yang berminat dengan pakej tawaran itu kemudiannya akan menghubungi pihak sindiket melalui aplikasi WhatsApp, setelah bersetuju dengan tawaran yang dibuat, mangsa akan diberikan pautan APK dan diarahkan memuat turun serta memasang aplikasi tersebut pada telefon pintar.

“Setelah selesai dipasang, aplikasi tersebut akan menggantikan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sedia akan dan mangsa akan diarahkan untuk mendaftar sebelum diberikan akses bagi menggunakan aplikasi.

“Maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran termasuklah nama, nombor kad pengenalan, emel, butiran kad kredit dan butiran perbankan online,” katanya menerusi sidang media di sini, hari ini.



Mohd Kamarudin menjelaskan, setelah semua maklumat dimasukkan dan mangsa menekan butang hantar, paparan pada telefon pintar akan menunjukkan ‘page error‘ kerana aplikasi itu tidak dipautkan dengan sistem perbankan yang tulen.

Tambah beliau lagi, hakikatnya, pemasangan aplikasi dan proses pendaftaran yang dibuat semata-mata untuk mendapatkan akses terhadap kandungan SMS serta butiran perbankan yang kemudiannya akan digunakan untuk memindahkan wang dari akaun milik mangsa.

“Justeru, orang ramai dinasihati untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembayaran secara online terutama membabitkan iklan yang dilihat di media sosial, jangan sesekali mendedahkan sebarang butiran peribadi menerusi pautan yang dihantar kerana ia akan menyebabkan maklumat anda terdedah terutama ketika membuat bayaran.

“Apabila ingin membuat sebarang pembayaran, pastikan jangan melalui pautan yang diberikan oleh individu tidak dikenali kerana sindiket penipuan ini boleh mengeluarkan wang mangsa tanpa disedari,” ujarnya.



Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membenarkan akses individu tidak dikenali atau asing dalam telefon pintar membabitan galeri gambar atau nombor telefon kenalan.

Ini kerana, tindakan itu seolah-olah membuka ruang kepada ‘scammer’ untuk memperolehi SMS yang dihantar oleh pihak bank iaitu Transaction Authorisation Code (TAC) atau One Time Password (OTP), katanya.

Selain itu, katanya, orang ramai perlu lebih berwaspada dan tidak memuat turun dan memasang fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar oleh individu tidak dikenali atau dari sumber yang tidak sah.

Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata, setakat ini sebanyak lima laporan polis berkaitan modus operandi berkenaan dikesan membabitkan tiga kes di Johor dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Sabah dalam tempoh dua minggu.



Katanya lagi, keseluruhan kerugian yang dicatatkan berjumlah RM58,844 dan pihaknya kini sedang giat menjejak suspek yang terlibat.

“Kita percaya suspek yang melakukan kegiatan penipuan ini berada dalam negara dan mereka ini menggunakan akaun keldai (mule account),” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. MG

Scammer godam akaun bank melalui fail Android Package Kit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker