Amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri petang ini

Amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri petang ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 4 petang, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka bakal melanda satu atau dua tempat di Perlis, Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.



“Situasi serupa turut diramal berlaku di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Hulu Perak di negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan selain di Besut, Setiu serta Hulu Terengganu di Terengganu.

Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Kuantan di Pahang selain di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru di Johor.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.



“Situasi sama turut dijangka berlaku di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah,” katanya. – K! ONLINE

Amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri petang ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker