Anwar bela Rafizi, siasat Menteri Bersatu bukan beliau

Pihak berkuasa harus menyoal menteri yang didakwa terlibat dalam isu kapal tempur pesisir (LCS) dan bukan timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, yang hanya berkongsi pandangannya, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani bahawa pihak polis menyimpan telefon bimbit Rafizi sebagai sebahagian proses siasatan.

“Saya ucap terima kasih kerana beri respon, kalau begitu ambil telefon bagi baliklah.

“Kedua isunya apa ? Isunya ialah rasuah LCS, SPRM mesti ambil tindakan, dan menyentuh tentang menteri Latiff, patut tanya Latiff lah apa penjelasan, ada menyalah guna kuasa atau tidak, bukan untuk menekan orang yang mengemuka pandangan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di parlimen hari ini.

Terdahulu, Acryl memaklumkan tindakan PDRM menyimpan telefon Rafizi adalah sebahagian proses siasatan atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisis forensik digital dijalankan.

“Peranti berkenaan akan dipulangkan kelak setelah proses analisis dan siasatan selesai,” kata Acryl dalam kenyataan malam tadi.

Pada 3 Sept lalu, polis memanggil Rafizi untuk merakamkan kenyataannya selepas laporan polis dibuat mengenai kenyataan yang tular di media sosial yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas) Abdul Latiff Ahmad.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker