Avatar: The Way of Water lebih menakjubkan

Avatar: The Way of Water lebih menakjubkan

Sekuel filem sains fiksyen (sci-fi) epik, Avatar akhirnya menjengah pawagam hari ini selepas menjadi naskhah pertama meraih kutipan tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia pada 2009.

Bagi peminat yang tidak sabar menantikan filem Avatar: The Way of Water dan meragui sekuel itu, namun ia berbaloi ditunggu kerana berbentuk teaterikal daripada sutradara yang juga pemenang Anugerah Akademi, James Cameron.

Avatar: The Way of Water tidak hanya membawa anda kembali ke Pandora selama 192 minit, tetapi turut menampilkan sinematografi lebih menakjubkan bersama tambahan barisan pelakon baharu.

Kisahnya bermula dengan Jake Sully lakonan Sam Worthington yang kini sudah bertukar sebagai Na’vi bersama isterinya, Neytiri (Zoe Saldana) menyelamatkan anak-anak daripada ancaman manusia yang kembali mendiami Pandora dan membalas dendam terhadap pembelotan Sully.

Berikutan itu, Sully dan Neytiri bersama tiga anaknya, Neteyam (Jamie Flatters), Lo’ak (Britain Dalton) dan Tuk (Trinity Jo-Li Bliss) serta anak angkat, Kiri (Sigourney Weaver) terpaksa berpindah ke lautan demi keselamatan.

Bagaimanapun, tentera manusia diketuai oleh Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) tidak berputus asa menjejaki Sully, meskipun kini tinggal bersama puak Metkayina, puak diketuai Ronal (Kate Winslet) dan Tonowari (Cliff Curtis).

Dengan penempatan baru keluarga Sully yang rata-ratanya diliputi samudera itu, penonton akan kerap dibawa menelusuri kehidupan dalam lautan. Pemilihan air juga sebagai latar cerita Avatar kedua ini.

Satu perkara perlu dipuji adalah keupayaan pengarah kelahiran Kanada ini bermain dengan visual kerana tidak dinafikan Avatar: The Way of Water memiliki sinematografi sangat cantik apabila ia memaparkan kehidupan flora dan fauna di bawah lautan yang tenang.

Namun, tidak hanya itu, dalam filem ini juga penonton dapat melihat lebih banyak mesin berteknologi tinggi.

Biarpun manusia diberi kelebihan memiliki mesin dan senjata canggih, Cameron mahu penonton percaya teknologi juga mampu ditewaskan, sekali gus membuktikan kemanusiaan mengatasi segala-galanya.

Secara keseluruhannya, perjalanan filem Avatar: The Way of Water dirasakan lebih berkembang, tidak seperti filem pertama.

Selain air, Cameron juga menyatukan keseluruhan kisah dengan tema kekeluargaan.

Perjalanan ceritanya juga mudah ditebak, bagaimanapun keindahan flora dan fauna di bawah lautan digambarkan Cameron menjadi daya penarik utama filem ini.

Filem terbitan 20th Century Studios dan Lightstorm Entertainment ini boleh ditonton di pawagam seluruh Malaysia mulai hari ini, manakala ia akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai esok.

Seperti diakui Cameron sendiri, filem ini dibuat untuk tontonan di skrin besar bagi mencipta pengalaman lebih realistik.

Tidak dinafikan, pemandangan samudera nampak lebih nyata apabila ditonton dengan cermin mata 3D, jadi ia disyorkan ditonton di pawagam digital seperti IMAX 3D, 4D dan Dolby. BH

Avatar: The Way of Water lebih menakjubkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker