Masa semakin singkat, veteran Umno tegur BN-PH

Masa semakin singkat, veteran Umno tegur BN-PH

Veteran Umno mendesak Barisan Nasional dan Pakatan Harapan segera selesaikan pengagihan kerusi PRN kerana ketika ini ia sepatutnya menyusun strategi dan bekerja untuk kemenangan.

Setiausahanya Mustapha Yaakub berkata isu itu sepatutnya sudah selesai dan mengingatkan kedua-dua gabungan itu bahawa “masanya semakin singkat”.



“Kita sekarang berkawan. Kawan kena tolong kawan. Jangan tikam belakang. Kita bukan lagi lawan dan bermusuhan. Hakikat ini kita kena terima kalau kita mahu menang,” katanya dalam kenyataan.

Veteran Umno juga mengingatkan BN dan PH mengumakan formula menang-menang dan tumpu pada menewaskan PN, bukannya bilangan kerusi yang ditandingi.

“Biar sedikit tapi pasti menang. Kedua pihak BN dan PH kena saling bantu membantu untuk kemenangan. Pengundi BN kena undi calon PH dan pengundi PH kena undi calon BN,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, media melaporkan enam daripada sembilan kerusi yang berlaku pertindihan antara PH dan BN membabitkan tiga negeri iaitu, Selangor, Negeri Sembilan, dan Kedah.



Daripada enam kerusi berkenaan, pertindihan dua kerusi berlaku di Selangor, dua kerusi di Negeri Sembilan dan dua kerusi di Kedah.

Terdahulu Naib Presiden PKR Amirudin Shari berkata isu pertindihan kerusi antara PH dan BN di beberapa negeri termasuk Selangor yang tidak dapat diputuskan di peringkat negeri, akan diselesaikan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua gabungan. FMT

Masa semakin singkat, veteran Umno tegur BN-PH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)



Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker