Mara sedia bantu doktor kontrak buka klinik sendiri – Asyraf

Mara sedia bantu doktor kontrak buka klinik sendiri – Asyraf

Mara sedia membantu doktor kontrak tidak ditawarkan jawatan tetap, dengan menyediakan pinjaman modal dan latihan untuk membuka klinik sendiri.

Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Mara membantu ramai doktor dan ahli farmasi menjadi usahawan dengan membuka cawangan bawah jenama U.n.i Klinik, U.n.i Dental dan U.n.i Farmasi.



Katanya, beliau akan menemui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), SME Bank dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam masa terdekat bagi membincangkan cara dana keusahawanan yang disediakan kerajaan boleh disalurkan demi manfaat doktor kontrak.

Syarat membuka klinik sendiri agak mudah, iaitu doktor berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan sudah menjalani perkhidmatan wajib di hospital kerajaan.

“Kita menyediakan ekosistem supaya mereka tidak gagal dalam industri ini dengan memberi latihan keusahawanan, pengawasan, bimbingan dan kita siapkan juga rantaian bekalan supaya harga peralatan yang hendak dibeli semua di tahap paling rendah.

“Tetapi, mereka (doktor) kena fokus kepada kelompok sasaran (pelanggan) kerana kita menyediakan klinik ini bukan hanya untuk orang yang mempunyai wang.



“Mara kawal selia dari segi caj perkhidmatan supaya tidak seperti klinik swasta dan tidak juga semurah klinik kerajaan, tetapi dalam lingkungan berpatutan untuk B40 dan M40,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyerap 12,800 daripada 20,333 doktor kontrak ke jawatan tetap secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Asyraf berkata, kerjasama Mara dengan penyalur dana sejajar prinsipnya, iaitu agensi kerajaan tidak boleh bekerja secara silo, sebaliknya perlu bergerak secara sinergi.

“Kalau kita bekerja sebagai satu sinergi, mereka beri dana kepada kita, tak perlulah kita minta dana tambahan daripada kerajaan kerana Mara ada kekangan untuk membantu doktor kontrak membuka sebuah klinik yang memerlukan RM250,000 hingga RM400,000.”



Katanya, peranan Mara tidak terhad kepada melatih usahawan, tetapi juga menyediakan ekosistem bagi memastikan mereka kekal dalam industri dan boleh berkembang.

Beliau berkata, dengan memiliki jaringan klinik besar, ia boleh menubuhkan konsortium, bahkan hospital sendiri, sekali gus dapat menyelesaikan sebahagian isu doktor kontrak.

“Mara bukan boleh menyelesaikan semua masalah ini, tetapi kita menyediakan alternatif dan sedikit sebanyak menyelesaikan masalah yang ada,” katanya sambil menambah 88 cawangan U.n.i dibuka sejak 2021 yang menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 300 orang.

“Setakat ini, penubuhan klinik-klinik ini memang berjaya, pendapatan sentiasa meningkat dan usahawan membayar balik pinjaman tepat pada masanya, bahkan ada yang menambah cawangan baharu.” FMT



Mara sedia bantu doktor kontrak buka klinik sendiri – Asyraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker