Muhyiddin Gagal Teruk Sebagai PM Tapi Salahkan 1MDB
Oleh Nurul Aisyah
LAGU semua salah 1MDB masih dinyanyikan oleh pengikut taksub Muhyiddin Yasin. Kononnya
prestasi ekonomi Malaysia dan prestasi mengawal Covid adalah paling teruk berbanding negara-negara jiran bukan kegagalan Muhyiddin atas alasan Muhyiddin dibeban dan dikekang oleh hutang 1MDB RM32b. Sekali lagi 1MDB disalahkan sebagai punca ekonomi dan Covid teruk di negara kita.
Hutang 1MDB adalah RM32b pada akhir tahun 2019 sebelum Muhyiddin jadi PM
Hutang 1MDB juga RM32b selepas Muhyiddin henti sebagai PM.
Dari sudut mana hutang 1MDB jadi punca kegagalan Muhyiddin sedangkan beliau tidak membayar satu sen pun prinsipal hutang 1MDB.
Malahan sepanjang tempoh Muhyiddin jadi PM, Malaysia mendapat semula RM15.4 bilion tunai yang dibayar sebagai penyelesaian-penyelesaian kes 1MDB oleh pihak-pihak seperti Goldman Sachs, KPMG dan Deloittes.
Ini bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar tetapi dana sebanyak RM15.4 bilion diterima oleh kerajaan sebab 1MDB.
Selain daripada itu, Muhyiddin dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan fakta aset-aset 1MDB bernilai lebih RM100b serta peranan 1MDB menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah yang menjimatkan negara sebanyak RM15b setahun sehingga rizab tunai Petronas naik ke RM176b sebelum PRU14.
Jadi, dari sudut mana Muhyiddin dibeban atau dikekang oleh hutang 1MDB sehingga prestasinya mengawal ekonomi dan Covid amat buruk sedangkan Muhyiddin tidak pernah langsaikan satu sen prinsipal hutang 1MDB dan sebaliknya menerima tunai RM15.4b pula berkenaan 1MDB.
Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin turut menaikkan hutang kerajaan sebanyak RM173.3 bilion dalam tempoh PN jadi kerajaan dari RM792b ke RM965.3b pada bulan Ogos semasa Muhyiddin turun sebagai PM.
Petronas turut dijarah dengan bayaran RM59b (2020: RM34b. 2021: RM25b) kepada kerajaan. Manakala aset Khazanah Nasional turun hampir RM10b dari RM91b pada akhir tahun 2019 ke RM81b pada akhir tahun 2020.
Malah RM5 bilion diambil dari tabung KWAN yang dibina ketika Najib jadi PM dari RM4b sehingga nilainya mencecah RM17b ketika PRU14.
– RM15.4b (dana diterima sebagai penyelesaian 1MDB)
– RM173.3b (kenaikan hutang kerajaan)
– RM59b (bayaran dari rizab Petronas)
– RM10b (Khazanah Nasional)
– RM5b (korek dari Tabung KWAN.
= RM262.7 bilion dihabiskan Muhyiddin dalam tempoh singkat 17 bulan itu.
Muhyiddin gagal teruk sehingga digelar #KerajaanGagal tapi masih mahu salahkan 1MDB. Fakta tidak menipu. Muhyiddin masih mahu jadikan 1MDB kambing hitam namun usaha tersebut dilihat gagal sebagaimana sosok tubuh Muhyiddin yang mencerminkan seorang PM yang gagal.
You must be logged in to post a comment.