Siapa “Nama Besar” Yang Halang Siasatan Ke Atas Zeti?
Oleh Nurul Aisyah
LANGKAH Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, suaminya, Datuk Tawfiq Ayman dan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat mencurigakan sejak dari mula lagi berkaitan dana 1MDB ini. Malah ramai pihak turut mendesak agar pihak berkuasa menyiasat mereka bertiga.
Tambahan pula, baru-baru ini SPRM mendedahkan bahawa sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik suami Zeti, Tawfiq Ayman telah dipulangkan oleh Singapura kepada kerajaan Malaysia.
SPRM didesak agar menjalankan siasatan menyeluruh supaya rakyat dapat mengetahui cerita sebenar dan tuduhan membuta tuli terhadap individu yang tidak bersalah akan dihentikan. Sebagai bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti harus bertanggungjawab ke atas kes 1MDB kerana dia sepatutnya tahu apa yang berlaku.
Dalang sebenar 1MDB perlu didedahkan. Mereka perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan yang dilakukan. Setiap individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan mengikut undang-undang.
Memetik arikel Mynewsonline , Perkara ini agak menghairankan juga memandangkan siasatan memakan masa terlalu lama sedangkan laporan sudah lama siap diberi oleh pihak Polis Singapura. Apa yang susah sangat siasatan tentang dokumen wang keluar masuk yang hanya memerlukan pembuktian , tarikh, waktu , siapa meluluskan dan siapa terbabit .
Kerajaan perlu tegas dan segera buka kes atau pun pengumuman “finding” pada siasatan ini untuk dibawa ke mahkamah.
Rakyat berpendapat ia cuba dilengahkan atas sebab kononnya ada “nama” besar terbabit dan tahu tentang wang ratusan juta ini. Syak wasangka rakyat semakin meninggi apabila cubaan menutup transaksi dan penyata akaun dihalang dari didedahkan dimahkamah ketika Datuk Seri Najib memintanya.
Bagaimana hendak ditutup jika pihak berkuasa negara Singapura sudah pun mengesahkan dan memaklumkannya. Wang diterima dikatakan ada yang sebelum kelulusan Bond dan seolah-olah sangat berkaitan dengan tugas bekas Gabenor.
Perkara ini sangat hangat diperkatakan. Adalah mustahil untuk menutup kebenaran memandangkan ramai pihak sedang mendesak agar ianya didedahkan kepada pihak umum.
You must be logged in to post a comment.