#PRNMelaka : Kesungguhan rakyat Melaka di hari mengundi

Sebaran :

Oleh Wahida

Hari menentukan kerajaan yang akan menerajui Melaka untuk tempoh 5 hari lagi telah bermula sejak pukul 8.00 pagi hari ini.

Seawal 7.00 pagi, telah kelihatan rakyat Melaka menuju ke pusat-pusat pembuangan undi yang hanya dibuka pada 8.00am. Mengikut ramalan cuaca, sebelah petang Melaka akan hujan.

Mungkin inilah sebabnya rakyat Melaka mengambil keputusan untuk keluar awal pagi untuk membuang undi terutamanya warga emas.



Sememangnya terdapat ramai warga emas dan juga warga OKU yang telah keluar. Ada di antaranya walapun terlantar, seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau tetap keluar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di saluran 1.

Mengikut laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), sehingga jam 9.00 pagi peratus keseluruhan ialah 7%.

Beberapa kawasan panas telah mendapat perhatian wartawan. Di antaranya Calon BN DUN Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Altelah tiba di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah untuk mengundi.

Menariknya Datuk Sulaiman telah mengundi di saluran tiga di kelas sama ketika berada di Tahun Tiga, juga calon ketiga dalam kertas undi.



Pasti di DUN Tanjung Bidara menjadi tumpuan di mana calon ‘heavyweight’ Dato’ Rauf Yusoh telah melaksanakan tanggungjawabnya di Pusat Mengundi SK Jeram jam 8.18 pagi.

Buat pertama kali, pengundi untuk PRN Melaka akan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam suasana norma baru yang mengikuti SOP yang sangat ketat tetapi terjamin keselamatan.


Sebaran :

Leave a Reply