#PRNMelaka : Warga Kampung Pulau, Tanjung Bidara perlukan Dato’ Rauf. Mengapa?

Oleh Wahida

Kampung Pulau, Tanjung Bidara adalh tempat kelahiran dan di mana Dato’ Rauf dibesarkan. Setelah mendapat kejayaan di Kuala Lumpur, Dato’ Rauf kembali semula ke Kpg Pulau untuk menabur bakti kepada penduduk setempat. Itulah yang telah dilakukan Dato’ Rauf sejak berbelas tahun lalu sehingga Tanjung Bidara dan khususnya Kpg Pulau menikmati kemajuan pada hari ini.

Pada awalnya Dato’ Raof tidak memegang sebarang jawatan baik di dalam pentadbiran kerajaan Melaka mahupun dalam parti UMNO tetapi kewibawaannya lebih terserlah di ibukota Kuala Lumpur. Dari ahli koporat sehingga dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO di zaman Dato Seri Najib adalah Presidennya.



Menyantuni penduduk Kpg Pulau di awal pagi untuk bersarapan bersama adalah satu kemestian sejak beliau menerajui kepimpinan UMNO Masjid Tanah lebih dari 7 tahun lalu. Kemenangan Mas Ermieyati di Parlimen dalam PRU 14 lalu juga adalah sumbangan utama dan penggeraknya adalah Dato’ Raof.

Oleh yang demikian, amat bertepatan jika Dato’ Rauf menawarkan dirinya untuk bertanding di PRN Melaka 2021 kali ini.

Bukan sahaja setiap warga di Kpg Pulau malahan di seluruh Tanjung Bidara mengenali Dato’ Rauf. Ini adalah kerana beliau telah meneruskan kesinambungan kemajuan di Tanjung Bidara setelah Mas Emy melarikan diri dari tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah Barisan Nasional.

Dato’ Rauf menyambut dan meneruskan apa yang telah ditinggalkan Mas Emy dan kini beliau dengan rendah hati menawarkan khidmat baktinya kepada pengundi N.02 Dun Tanjung Bidara agar segala yang dirancang tidak tergendala dan membangunkan lagi ekonomi setempat sehingga Tanjung Bidara mampu muncul di peta dunia pelancungan.



Melaka perlukan kestabilan demi kemakmuran rakyatnya. Dengan itu, Dato’ Rauf akan membawa slogan ‘Tanjung Bidara Indah Tersohor, Hidup Warganya Aman & Makmur’ dalam kempen PRN Melaka kali ini. Maka undilah Barisan Nasional kerana pentadbiran selama 60 tahunnya telah membuktikan kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini dan semoga ia berterusan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker