#PRNMelaka : Mas Emy permainkan golongan media di Melaka
Oleh Wahida
Katanya pihak media telah diberi jadual program ‘walkabout’ untuk 11 November 2021 Khamis dan pada sebelah petangnya selepas solat asar, Emy dijadualkan minum petang di Kedai Warong Anak Pulau, Jeram.
Sangat mengejutkan bila tiba di lokasi, tiada seorang manusia di situ dan kesemua peralatan di warong anak Pulau tersusun rapi. Warong makan ini bukan sebuah bangunan tetapi satu tapak terbuka yang dijadikan warong menjual makanan.
Beberapa kali pihak media cuba menghubungi pegawai Emy dan alasan yang diberi, pemilik warong tidak berniaga pada ketika itu. Namun pegawai tersebut tidak langsung memaklumkan media apa yang berlaku sedangkan mereka terpaksa memandu jauh ke kawasan kampung yang agak terpencil.
Jika ditinjau kesemua akaun media sosial Mas Emy, dipertontonkan kepada pelayar seolah-olah beliau diterima baik penduduk Masjid Tanah. Media selama ini juga banyak membuat liputan politik Mas Emy seolah-olah pasti beliau akan mampu memberi tentangan hebat kepada pihak lawannya.
Kini terbongkar, penduduk Masjid Tanah tidak menerima Mas Emy. Terdapat juga banner yang telah viral, jelas tertulis Mas Emy sebagai seorang pengkhianat. Katanya banner itu terlentang di sekitar pekan Masjid Tanah.
Kejadian di Kedai Warong Anak Pulau, Jeram adalah satu lagi bukti nyata. Sekiranya Mas Ermy ingin memberi alasan warong Anak Pulau hanya akan dibuka lewat petang, namun ketika jam menunjukkan 4.20 petang, tiada sebarang kelibat manusia yang lalu di situ. Ini bermakna warong tersebut sememangnya tutup pada hari dan waktu akan mengadakan program minum petang.
Samada program Mas Emy disabotaj penduduk tempatan, yang pasti warga media telah dipermainkan.
Satu petanda buruk yang telah ditunjukkan untuk Mas Emy. Apakah peluangnya untuk menang pada 20 November ini akan terjejas?
You must be logged in to post a comment.