#PRNMELAKA2021 : RAUF SANTUNI WARGA PUSAT PEMULIHAN KOMUNITI DI TANJUNG BIDARA

Oleh Ustaz Jeff

Pagi ini Calon N.02 Dun Tanjung Bidara, Datuk Rauf Yusoh berkesempatan untuk menyantuni warga Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang terdapat di sini.

PDK ini adalah antara PDK yang cemerlang bukan sahaja di Negeri Melaka malah telah melakar banyak kejayaan di peringkat kebangsaan.

Antara kejayaan besar yang pernah dilakar oleh PDK ini ialah Anugerah PDK Terbaik Peringkat Kebangsaan (2000, 2001), Anugerah Pekerja PDK Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2000), Anugerah Pelatih Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2001), Mohd Sharul Nizam bin Basir menang tiga pingat emas dalam Sukan Special Olympics Peringkat Kebangsaan (2010) dan berbagai lagi anugerah diperingat negeri mahupun kebangsaan.

Datuk Rauf mengambil kesempatan dengan ruang masa yang terbatas mendengar permasalahan yang dihadapi oleh pihak PDK antaranya seperti masalah tekanan air yang rendah, kekurangan fasiliti seperti bumbung di ruang aktiviti dan beberapa permasalahan lain.

Insya Allah sekiranya BN diberi mandat untuk mengurus tadbir kembali Negeri Melaka dalam PRN kali ini, beliau akan cuba menyelesaikan permasalahan yang tertangguh apabila PH mengambil alih Melaka selepas PRU ke-14.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker