#PRNMelaka : Bas henti-henti di Melaka, temberang DAP dan Amanah
Oleh Wahida
DAP dan Amanah pasti akan membawa isu bas henti-henti di Melaka selama 22 bulan PH mentadbir kerajaan negeri setelah BN dikalahkan pada PRU14 lalu. Kononnya, merekalah yang memperkenalkan sistem bas henti-henti di Melaka ini dan seolah-olah kerajaan BN dahulu tidak melaksanakannya.
Sebenarnya, kerajaan Pakatan Harapan telah lebih awal ingin mengelirukan rakyat sebaik saja mereka menjadi kerajaan dengan menukar nama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke Agensi Pengangkutan Awam Darat. Ini dilakukan sendiri oleh Anthony Loke ketika beliau adalah Menteri Pengangkutan.
Idea bas henti-henti telah diperkenalkan sejak tahun 2015. Oleh SPAD yang kini adalah APAD.
Setelah APAD mengambil alih pentadbiran SPAD, segala maklumat di web SPAD dahulu telah dipadamkan termasuk semula maklumat mengenai bas henti-henti untuk negeri-negeri di Malaysia.
Walaubagaimanapun, laporan media tidak mampu dikawal Pakatan Harapan dan jika kita membuat pencarian mengenai bas henti-henti di internet, terpampang semua arkib laporan media.
Begitu juga dengan laporan mengenai bas henti-henti di Melaka. DAP dan Amanah terutamanya, hanya menyambung apa yang telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional dahulu. Sebenarnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan tidak langsung mempunyai ide, pengetahuan dan pengalaman untuk mentadbir sesebuah negeri mahupun negara.
Menurut laporan portal MStar pada 26 Januari 2012 bertajuk Melaka Bayar Pampasan RM7.7 Juta, Ambil Alih Syarikat Bas Henti-Henti, melaporkan seperti berikut;
“Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti bermula 1 Feb depan setelah membayar pampasan bernilai RM7.7 juta kepada 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu, Khamis.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata bayaran pampasan itu melibatkan 110 bas berjumlah RM5.4 juta, 118 pekerja berjumlah RM1.8 juta serta ganti rugi tambahan kepada keseluruhan syarikat tersebut berjumlah RM500,000.”
Segala perancangan telah bermula sejak 2012, ketika itu di manakah DAP dan Amanah serta PKR di Melaka? Ketika itu mereka adalah pembangkang.
Maka, rakyat Melaka jangan tertipu dengan lakonan pentas mereka yang mendakwa seolah-olah kewujudan sistem bas henti-henti ini adalah idea, perancangan dan perlaksanaan kerajaan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan hanya mampu berjanji dan kelebihan Pakatan Harapan pandai mengaku setiap yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional, hanya tukar nama dan seterusnya mengaku itu adalah usaha mereka.
You must be logged in to post a comment.