JANGAN SALAHKAN UMNO

Oleh : Megat Tawarikh

Ramai dikalangan kita membaca kenyataan-kenyataan pemimpin khususnya dari kalangan PAS seolah mempersalahkan UMNO kerana tidak mahu berkompromi untuk mengelakkan pertembungan atau mengelakkan perpecahanan parti-parti melayu khususnya parti dalam kerajaan.

Ada yg meletakkan kesalahan atau lebih parah menuding jari kegagalan perundingan itu diletakkan kepada YAB PM DS ISMAIL SABRI.

Menambahkan kusut tak terlerai apabila kenyataan celupar dari kalangan insan berserban yg dipanggil gelaran terhebat berada dalam jawatankuasa “Dewan Ulama PAS” memulakan serangan terbuka dan tidak berakal.

Apakah syarat wajib bagi ulama PAS apabila tidak bersama atau berlawan dalam PRU,PRN atau PRK maka cacian dan penggunaan dalil2 sesat lagi mengesahkan ini perlu digunakan?

Kenyataan Mokhtar Senik yg sentiasa mengundang kemarahan ahli2 dan pemimpin UMNO harus dihentikan. Jangan hanya kerana kamu berserban maka semua kata2 kamu itu benar dan betul. Jangan pula ada org lain yg jauh lebih rasional dari kamu menggelarkan kamu dengan perkataan “mulut dajjal” dan “Munafiqqun” kerana itulah sifat kamu yg sebenarnya.

Apakah salah untuk masuk dan berkempen PRN Melaka dengan hati yang baik dan terbuka. Ceritakan kepada rakyat Melaka apa yang kamu boleh janjikan. Yakinkan rakyat Melaka bahawa parti kamu merupakan parti islam yang telah dijamin syurga jika menyokong. Kamu boleh sahaja mengeluarkan fatwa baru untuk PRN Melaka kali ini. Tetapi jangan sesekali berkempen menyerang secara terbuka parti yang kamu sedang berkawan dan berada dalam kerajaan sama di pusat.

Apakah sememangnya watak kamu itu merupakan sebuah parti angkuh yg hanya bernasib baik atau sememangnya kamu parti parasit dedalu yang akhirnya mematikan pokok induk yang memberikan tumpang kehidupan kepada kamu buat seketika tatkala kamu sebenarnya tiada apa2 kelebihan pun.

Saya mengharapkan pemimpim2 PAS tidak mengulangi kesilapan2 yg sehingga kini masih menjadi hutang yang tak mampu dibayar. Fatwa terdahulu masih belum mampu kamu jawab dan lunaskan. Sesungguhnya balasan Allah itu amat memeritkan dan memedihkan.

Hormatilah rakan sesama kamu. Hormatilah rakan tempat kamu  sama berkuasa. Soal bertanding biarkan ianya berlangsung dengan sihat dan tertib.

Bukan UMNO menolak penyatuan tetapi syarat rakan kamu (PPBM) tidak mampu untuk UMNO tunaikan kerana tuntutan itu tidak masuk akal bagi “Orang Melaka”

Bukan tidak mahu bertolak ansur dengan PPBM tetapi pemimpin seperti Datuk Mohd Rafiq ketika berada bersama PH merupakan singa yang amat rakus dan membaham orang UMNO sehingga ke tulang. Keangkuhan Rafiq masih menjadi ingatan segar orang UMNO Melaka. Mana mungkin mereka mampu untuk duduk bersama.

Jangan salahkan UMNO. Jangan kata YAB PM gagal dalam berunding tetapi pandangan dan keperitan  sebenar “Orang Melaka” harus didengari sebelum berunding dengan rakan2 lain tatkala kita masih tinggal serumah walau bilik berlainan.

Akar umbi PAS Melaka tahu apa yang berlaku. “Orang PAS” Melaka faham kenapa UMNO tetap  menghulurkan tangan persahabatan kepada PPBM. TAKDIR telah menentukan bahawa PAS PUSAT lebih berkuasa dengan mengetepikan pandangan Pesuruhjaya PAS Negeri dan seluruh ahli jawatankuasa Negeri Melaka untuk bekerjasama dengan UMNO tetapi keputusan Pusat telah menafikan segalanya.

Kita mengharapkan pengundi PAS lebih matang dari sesetengah pemimpin mereka dan kita tahu ahli dan pengundi PAS Melaka tahu apa yang harus dibuat apabila tiba hari pengundian. Insya allah calon UMNO yang tidak bertembung dengan calon PAS akan mendapat sokongan pengundi PAS bila tiba hari pengundian.

Moga ALLAH membuka hati hitam Mokhtar Senik untuk tidak menjadi manusia hipokrik dan munafiq dengan imej berserban tetapi hati yang kotor tanpa boleh mengenal siapa lawan dan siapa kawan.

Wallahualam

#PRNMelaka
#BNforMelaka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker