#PRNMELAKA2021: Calon PN Dun Sungai Udang Menipu Pemuda UMNO Melaka?

Oleh Megat Terawih

Katak, bukan nak menghina tapi itulah ‘bidalan’ zaman milenium ini. Merujuk khasnya kepada ahli politik yang menukar parti atas sebab tawaran wang ringgit, pangkat dan juga kerana kecut dengan ugutan yang terarah kepada jenayah rasuah kebiasaannya.

Agak terkejut apabila calon PN yang dikatakan baru sangat keluar dari UMNO, dari sayap pemuda UMNO Melaka, lompat tinggalkan parti kerana tawaran untuk menjadi calon PN.

Kalau mengikut sumber yang memberikan keratan cakapan beliau dengan rakan pemuda UMNO melalui aplikasi tuturan WhatsApp, beliau menipu kononnya kerana parti dan perjuangan beliau tidak akan meninggalkan UMNO yang begitu banyak jasanya kepada rakyat Melaka amnya dan Sungai Udang khasnya.

Menurut sumber lagi, 2hb Nov beliau keluar dari grup WhatsApp dan 6hb Nov beliau terima ‘sogokan’ menjadi calon PN.

Isu tawaran sampingan wang tunai RM300,000 itu tidak pasti samada benar atau pun sebaliknya.

Nampaknya PN ini tempat himpunan katak-katak. Parti Katak.

Pihak kami cuba dapatkan penjelasan dari beliau.

Belajar tinggi buat apa kalau hidup menipu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker