#PRNMelaka2021: 16 BULAN BERSAMA BN, RAKYAT MELAKA HIDUP DENGAN AMAN

Oleh Zam

 

MASJID TANAH – Selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri Melaka, ramai rakyat yang terseksa terutamanya masyarakat Melayu yang ada di negeri ini dan juga banyak diskriminasi yang berlaku terutamanya di kawasan-kawasan yang di menangi oleh Barisan Nasional (BN).

Pelbagai janji manifesto PH pada pilihan raya ke 14 yang lalu terbukti lebih banyak nista dari kebenarannya dan tidak pernah ditunaikan selama 22 bulan tersebut, malah rakyat dipermainkan oleh pemimpin PH apabila ianya dituntut.

Kerajaan PH ketika 22 bulan itu juga termasuklah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mana turut menipu dan mempermainkan rakyat sepanjang menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Melaka dan kini mereka datang lagi untuk menagih simpati dengan menggunakan logo Perikatan Nasional(PN).

Kemuncaknya apabila kerajaan PH tumbang di pusat dan tidak terlepas di negeri Melaka juga. Selepas itu ianya diambil alih oleh kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Utama Sulaiman Md Ali yang menjadi Ketua Menteri Melaka yang ke-12 pada 9 Mac 2020.

Selama 16 bulan dibawah pentadbiran Sulaiman rakyat Melaka menikmati kehidupan yang selesa dan aman disebabkan dasar-dasar kerajaan BN Melaka yang mesra dan cakna rakyat. Banyak dasar pemberian terus kepada rakyat dilaksanakan dalam tempoh 16 bulan yang lalu.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Pengerusi BN Melaka Dato’ Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Melaka dikenali sebagai sebuah negeri pelancongan yang hebat didalam Negara Malaysia dan juga terkenal di serata dunia.

“Ianya berlaku sedemikian kerana dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan BN terdahulu sebelum PRU ke 14 yang mana menjadikan Melaka sebagai hub pelancongan antarabangsa dimana beberapa tempat mendapat pengiktirafan ‘UNESCO World Heritage City’ seperti Bandar Hilir’” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Menurutnya lagi, Melaka akan menjadi sebuah negeri yang lebih baik apabila rakyat membuat keputusan yang tepat dengan memilih BN pada hari pembuangan undi 20 November nanti kerana BN adalah sebuah parti yang terbaik menjaga keseluruhan rakyat khasnya di negeri Melaka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker