#PRNMelaka : Teka-teki Calon Muka Baru BN Di Kerusi-kerusi Panas

Oleh Wahida

Esok akan diumumkan senarai calon BN/UMNO bagi PRN Melaka 2021. Ini bermakna terjawab segala teka-teki dan desas-desus di kalangan ahli-ahli BN.

Sukar dinafikan yang senarai calon BN ini menjadi tumpuan radar politik seluruh negara terutamanya di kalangan pihak lawan utama iaitu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Pasti mereka juga akan membuat perhatian teliti dan dijadikan panduan sebelum calon-calon mereka diumumkan.

Inilah mengapa PN mahupun PH tidak berani mendahului mendedahkan senarai calon mereka.

Sejurus diumumkan DUN Melaka dibubarkan dan ketetapan SPR diwartakan, Pengerusi BN/Presiden UMNO telah meletakkan kriteria-kriteria calon mewakili BN untuk PRN
Melaka.

Jika BN ingin menang, calon-calon itu mestilah seorang yang berpotensi kebolehmenangan (winnable) kerana boleh diterima (acceptable) memandangkan ia disukai dan disenangi (likeable) pengundi.

Pada awalnya, pihak media cuba berteka-teki bakal-bakal calon yang hanya bersandarkan keputusan PRU14 lalu. Apabila hari pengumuman calon semakin hampir, pihak media juga telah membuat andaian yang lebih menyeluruh.

Di antara kerusi panas yang sering menjadi perbualan adalah DUN Paya Rumput dan DUN Sungai Udang di mana kedua-dua ADUNnya menjadi punca Dewan Undang Melaka terbubar.

Pihak media telah menamakan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, Timbalan Speaker Dewan Negara, juga Ketua Bahagian Tangga Batu dan Datuk Mohd Rais bin Mohd Yasin, Ketua Pemuda Tangga Batu dan juga Ahli MKT UMNO serta Exco Pemuda UMNO.

Sekarang ini tersebar pula seorang lagi calon muka baru dan muda iaitu Dr Muhammad Akmal Saleh yang telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Putra Specialist Hospital Melaka. Dijangkakan beliau bakal dicalonkan di DUN Merlimau.

Ketua Bahagian Masjid Tanah yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh, dikatakan turut bertanding untuk DUN Tanjung Bidara. Beliau juga adalah mantan Speaker DUN Melaka. Dato’ Rauf pernah dicabar Idris Harun untuk bertanding mana-mana DUN agar beliau dapat menjadi persaingannya.

Walaubagaimanapun, beberapa muka baru terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri juga telah menjadi teka-teki. Yang pasti, BN/UMNO berjanji memberi saingan sengit kepada pihak lawan apabila 85% daripada senarai calon adalah muka-muka baru.

Segala teka-teki akan terjawab esok. Namun diharapkan setelah pengumuman calon-calon BN, PH dan PN segera dengan percaturan mereka dan janganlah sehingga terpaksa menghulurkan ‘scheme of things’ untuk mencuri calon-calon BN pula.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker