Dulu Pengkhianat Sekarang Pun Pengkhianat

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

TIKAM menikam lompat melompat juga berlaku dalam DAP. Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong dari DAP mengkritik majlis anjuran Pakatan Harapan malam tadi yang meraikan empat Adun yang baru-baru ini menjatuhkan kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno-Bersatu.

Betrayal of the Action Party and the Heldon, but tonight there’s a ′′ heroic ′′ welcome?
Traitors are welcomed in heroes?
This is a joke!

Secara logiknya, sememangnya sakit hati Low Chee Leong masih belum hilang atas tindakan tidak bermoral bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan. Pada Mac 2020 juara tembak babi itu bertanggungjawab menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan pakatan Umno-Bersatu mengambil alih tampuk kerajaan negeri.

Kini Norhizam juga bertanggungjawab menumbangkan kerajaan negeri pakatan Umno-Bersatu yang menyebabkan Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) terpaksa diadakan bakal bertanding lagi atas tiket PH.



DAP Melaka menganggap tindakan Norhizam pada Mac 2020 sebagai pengkhianat sebelum ini. Kini mereka masih lagi menganggap Norhizam sebagai pengkhianat. Mampukah beliau membawa nama DAP ketika bertanding dalam PRN Melaka 20 November nanti?

Norhizam memainkan peranan menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu bersama Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu), Adun Sungau Udang, Idris Haron (Umno) dan Adun Pantai Kundor, Azman Hassan (Umno).

Kesemua mereka dipecat daripada parti masing-masing.

Acara malam tadi turut dihadiri Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan kira-kira 200 ahli PKR. Sebilangan besar barisan pimpinan PH peringkat negeri, termasuk Adun DAP juga dilihat hadir. Mereka yang hadir termasuk Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari dan pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew.



Majlis tersebut ternyata tidak disenangi oleh sebahagian besar pimpinan gabungan itu.

Hari penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada 8 November, manakala tarikh mengundi ditetapkan pada 20 November.


Sebaran :

Leave a Reply