Najib Tiada Akaun Bank Luar Pesisir

Oleh Nurul Aisyah

KECEWA lagi sekali para pembangkang yang cuba menggunakan isu akaun bank luar pesisir untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau menafikan dakwaan tersebut.

PM ke 6 itu menyuarakan rasa tidak senang beliau terhadap laporan berita yang mengaitkannya dengan akaun bank luar pesisir sebagaimana pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.



“Tidak. Saya tiada “off-shore bank accounts” dan saya tidak disenaraikan dalam Pandora Papers.

“Nama saya dikaitkan sebab firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB masa dahulu adalah sebahagian dari gabungan firma guaman antarabangsa terkenal yang kini terbabit dengan isu Panama Papers.

“Saya pun jawab (soalan wartawan) bahawa saya tidak pernah lantik atau pernah berhubung dengan sesiapa dari Wong & Co,” kata beliau pada satu hantaran di Facebook hari ini.

Najib pada ciapan di Twitter pula berkata Wong & Co merupakan sebahagian firma undang-undang antarabangsa Baker McKenzie yang menjadi pusat pendedahan Panama Papers.



Jelasnya, Wong & Co (bersama dengan Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan lain-lain firma lagi) telah dilantik oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum dia menjadi perdana menteri dan terbabit dengan TIA.

Beberapa nama disenaraikan dalam kertas Pandora tersebut iaitu bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan lain-lain lagi.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun semalam menolak usul bagi segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora. Menurut beliau, perkara itu harus diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi), ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Apakah muslihat disebalik pembongkaran kertas Pandora ini? Siapa yang bakal kecundang?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker