Perlukah Anwar diberi taraf menteri ketika rakyat sedang ikat perut

Oleh Nurul Aisyah

APA sahaja jawatan yang di “upgrade” sudah pasti melibatkan wang rakyat. Kita sedang mengalami krisis ekonomi yang sangat teruk akibat kerajaan Mahathir (PH) dan kerajaan Muhyiddin(PN) gagal menangani pandemik Covid 19 dengan berkesan pada masa yang tepat. Negara ASEAN yang lain juga diserang Covid 19 namun mereka mampu bangkit perbetulkan ekonomi.

Apabila Mahathir dan Muhyiddin salah tadbir negara dengan membuat keputusan-keputusan tidak cekap, ego dan sembrono  tanpa kajian yang terperinci dan pantas maka rakyat Malaysia terpaksa menanggung kesengsaraan dari segi ekonomi yang sangat teruk. Bendera putih dan bakul makanan kini adalah berita biasa yang keluar di media massa dan media sosial setiap hari. Malah kes bunuh diri juga meningkat secara drastik.

Rakyat sedang berhempas pulas mencari sesuap nasi tapi jawatan-jawatan bertaraf menteri wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Adakah ini adil kepada penduduk Malaysia? Perlu sangatkah jawatan bertaraf menteri ini diberi kepada individu-individu tertentu.

Sekiranya negara mempunyai rizab yang sangat banyak sudah tentu perkara ini tidak dipertikaikan. Dalam keadaan rakyat nak makan pun susah, Ketua Pembangkang ditawarkan faedah setaraf menteri kanan. Rakyat sedang melihat dan mereka sangat terkilan.

“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.- Anwar Ibrahim, Berita harian, Ogos 15, 2021

Pada Ogos 2021 Muhyiddin menawarkan kerjasama bipartisan ddengan faedah setaraf menteri kanan yang diberi kepada ketua pembangkang. Ketika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tawaran diberi Muhyiddin Yassin sebagai satu penghinaan kepada ketua pembangkang.

Kini nada Anwar Ibrahim ternyata berbeza. Beliau menyifatkan pengumuman kerajaan Ismail Sabri untuk melaksanakan penambahbaikan bagi Parlimen dan pentadbiran sebagai satu permulaan baik susulan daripada pertemuannya dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 25 Ogos lalu.

Pihak kami menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.- Anwar Ibrahim, Berita Harian, September 11, 2021

Anwar menyambut baik pengumuman Ismail Sabri berhubung tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Dan salah satu transformasi tersebut adalah Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri. Adakah Anwar mula “terliur” dengan saraan dan kemudahan yang setara menteri?

Rakyat sedang susah. Yang DiPertuan Agong menitahkan kerajaan baru ini fokus kepada menyelesaikan isu Covid 19 demi untuk rakyat. Namun apa yang dapat dilihat sekarang ini, mereka menggunakan alasan Covid pula untuk menjamu selera pembangkang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker