KJ perlu tangani isu tinggi kematian (BID)

Oleh Nurul Aisyah

KES kematian luar hospital (BID) sangat tinggi sekarang ini Malah penggunaan unit rawatan rapi (ICU) mencapai kapasiti lebih 100%.  Pekara ini antara isu yang perlu ditangani Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Semalam negara merekodkan 363 kes kematian sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 18,219 kes yang membabitkan 274 rakyat tempatan dan 62 warga asing. Daripada jumlah kes kematian tersebut terdapat 107 kes BID yang terdiri daripada 67 warganegara dan 40 bukan warganegara.

Sebagaimana yang kita ketahui, negara mengalami krisis ambulans tidak dapat menampung permintaan malah katil hospital juga tidak cukup. Ini menyebabkan, mereka yang teruk sahaja diproses untuk mendapatkan rawatan di hospital sehingga menyebabkan kadar BID sangat tinggi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin perlu beri perhatian terhadap perkara ini.  Populasi Malaysia rendah berbanding negara lain namun kadar kematian akibat Covid 19 merupakan antara yang tertinggi.

Peperangan menghadapi Covid-19 tidak akan dapat mencapai kemenangannya jika sumber-sumber yang sepatutnya ada tidak dimiliki.

Statistik semasa juga menunjukkan 90% kes positif adalah daripada kes sporadik. Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada.

Ianya dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.

Oleh itu, pemantauan SOP dan bekalan “test kit” Covid 19 perlu sentiasa ada dalam pasaran bagi memudahkan semua pihak menangani isu penularan Covid 19 dengan lebih berkesan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker