Penurunan Cukai Trend Global Tapi Malaysia Tidak mampu
Oleh Nurul Aisyah
SEPATUTNYA Malaysia mampu menurunkan cukai korporat sekiranya Barisan Nasional masih memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke 14. Apabila Pakatan Harapan mengambil alih negara pada tahun 2018, mereka telah menjarah wang Petronas yang dikumpul dan ditinggalkan dan menjual aset Khazanah yang dibina dan ditinggalkan oleh kerajaan BN sambil menuduh BN menjahanamkan negara dengan hutang 1MDB (sedangkan 1MDB mempunyai banyak aset).
Datuk Seri Najib telah selamatkan atau memperkayakan negara dengan menjana dan meninggalkan kekayaan ratusan bilion dalam Petronas dan Khazanah namun kerajaan PH sebaliknya mendakwa Najib telah memufliskan negara dengan hutang RM 32 bilion 1MDB yang hanya perlu dijelaskan sepenuhnya pada tahun 2039 – iaitu dalam jangkamas projek-projek 1MDB seperti Bandar Malaysia dan TRX menjana keuntungan berpuluh bilion Ringgit.
Adakah angka ratusan bilion yang dijana lebih rendah berbanding hutang RM32 bilion yang banyak aset?
Ekonomi negara diburukkan lagi dengan pandemik covid 19. Kita perlu ingat bahawa negara-negara lain turut dilanda Covid 19 namun mereka mampu menjana ekonomi dengan membuat keputusan-keputusan yang betul pada masa yang tepat.
Kini Malaysia tidak mampu melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada di paras 24% ketika ini melainkan asas cukai dapat diperluas dan negara berupaya mengekalkan trajektori pertumbuhan lebih kukuh berbanding angka purata, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Jika kita lihat cukai pendapatan korporat, ia memaparkan bahagian besar daripada hasil kerajaan persekutuan, iaitu kira-kira 32.8% termasuk cukai pendapatan petroleum dalam keadaan defisit fiskal yang makin meluas dan dianggarkan sekitar 6.5% tahun ini akibat pandemik Covid-19.
“(Oleh itu) saya percaya Malaysia pada masa ini tidak berada dalam kedudukan untuk mampu melaksanakan pengurangan kadar cukai berikutan salah satu masalah itu memberi kesan terhadap asas cukai.
“Hanya selepas kita dapat memperluas asas cukai dan mengekalkan trajektori pertumbuhan yang lebih kukuh berbanding purata, barulah kita boleh mempertimbang kemungkinan mengurangkan kadar cukai korporat tersebut,” katanya.
Cukai korporat Malaysia adalah antara yang tertinggi di ASEAN dan Singapura(17%) terendah manakala Vietnam, Thailand serta Kemboja masing-masing pada 20% dan Indonesia pada 22%. Ini salah satu penanda ekonomi negara berapa pada tahap paling teruk berbanding negara ASEAN yang lain.
You must be logged in to post a comment.