Boleh Menang Olimpik Ni..Aksi Terjunan ‘Ala Pandelela Rinong’ Lelaki Ini Jadi Perhatian Netizen [VIDEO]

Boleh Menang Olimpik Ni..Aksi Terjunan ‘Ala Pandelela Rinong’ Lelaki Ini Jadi Perhatian Netizen [VIDEO]

“TERJUNAN ala-ala Pandalela Rinong,” itulah gambaran terhadap video seorang lelaki yang cuba melakukan terjunan dalam air, tak ubah seperti seorang atlet profesional.

Dalam video tersebut jelas kelihatan dia sedang berangan-angan sedang mewakili negara di sukan Olimpik sambil kedengaran audio pengulas sukan walau pada hakikatnya dia hanya melakukannya di kawasan perkelahan bersama rakan rakan.

Visual tersebut setakat ini meraih hampir 220,000 tontonan di aplikasi TikTok.



Becerita kepada mStar, Matsyawalludin Mohd Muis, 21, berkata pada hari tersebut dia bersama empat rakan sekolahnya mandi-manda di air terjun Bukit Nyabau, Bintulu, Sarawak.

Mereka berlima mengambil masa 20 minit untuk sampai ke air terjun itu setelah terpaksa mengharungi hutan, bukit dan permukaan tanah yang licin

Pada asalnya video terjunan itu dirakam untuk tujuan kenangan sahaja, namun idea lain pula muncul apabila dia sudah sampai di rumah.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress 7VIflnDO]

“Saya ajak mereka mandi-manda dan BBQ di kawasan air terjun. Sampai je di sungai, benda pertama saya buat ialah tolong sediakan barang untuk BBQ. Lepas tu barulah saya buat terjunan ala-ala Pandelela Rinong.



“Saya rekod video itu suka-suka je sebagai kenangan dengan kawan-kawan, tak terfikir pun nak buat content TikTok sehinggalah saya pulang ke rumah.

“Saya memang minat dan nak cuba buat terjunan ala Pandelela. Sebelum ni saya pernah berhasrat nak sertai sukan diving tapi tak dapat,” katanya yang menetap di Bintulu, Sarawak.

Lebih mesra disapa Syawal, katanya, minat untuk menjadi penerjun timbul seawal usianya 12 tahun dan ia bermula ketika menyaksikan Pandalela beraksi di Olimpik London pada tahun 2012.



Namun minatnya terhalang kerana kekurangan fasiliti yang sesuai untuk sukan tersebut.

“Minat itu timbul apabila saya melihat Pandelela rinong beraksi di pentas Olimpik London 2012 dan berjaya dapat pingat perak.

“Terdetik juga dalam hati nak ikut jejak langkah dia, tapi dekat Bintulu ni tak ada pusat atau pasukan diving. Kolam yang ada pun untuk berenang sahaja.



“Minat saya terhalang disebabkan perkara itulah, agak kecewa juga sebenarnya. Tapi kalau diberi peluang tu memang saya nak sangat,” ujarnya yang merupakan bekas pelajar pra-universiti dalam jurusan Kemanusiaan di Sekolah Sukan Malaysia
Sabah.

Anak keempat dari tujuh beradik itu menceburi bidang sukan sejak berusia 11 tahun dan kini merupakan atlet Sarawak dalam acara lompat kijang.

Bermula dengan mewakili Sarawak hingga ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Syawal juga pernah beraksi dalam kejohanan Sukma pada tahun 2016 di Sarawak dan 2018 di Perak.

“Saya belum berpeluang lagi merasa menang pingat, cuma Sukma 2016 di Sarawak dapat top 4 dalam acara lompat kijang dan tempat kelapan waktu Sukma 2018 di Perak.



“Saya mula berkecimpung dalam dunia sukan ni sejak berusia 11 tahun. Ketika umur 14 tahun saya dah mewakili Sarawak untuk MSSM, tetapi masa tu masih dalam acara lari berpagar,” katanya.

Sebagai salah seorang atlet negara, Syawal berharap agar sukan di Malaysia lebih sukses dan nama negara disegani di peringkat antarabangsa.

Dia juga berpesan agar orang ramai terus menyokong semua atlet tidak kiralah sama ada mereka kalah atau menang.

“Saya harap sukan di Malaysia lebih maju, sukses dan hebat agar kita dipandang serta disegani di peringkat antarabangsa.



“Pesanan saya kepada para atlet negara untuk berlatih bersungguh sungguh, korbankan masa untuk latihan dan harumkan nama Malaysia di persada dunia agar tidak dipandang rendah.

“Untuk rakyat Malaysia, sokonglah atlet negara tidak kira kalah atau menang, kerana sesungguhnya sokongan kita ini penguat semangat mereka yang berjuang untuk membawa pulang pingat,” katanya.-mSTAR

Boleh Menang Olimpik Ni..Aksi Terjunan ‘Ala Pandelela Rinong’ Lelaki Ini Jadi Perhatian Netizen [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biar Betul?? Acara ‘Isi Air Dalam Botol’ Dipertandingkan Di Olimpik 😂😂 [VIDEO]

Katil Anti-Maksiat Untuk Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker