Selepas video protes tular, UIA benarkan pelajar keluar kampus

PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memutuskan untuk membenarkan pelajar yang tinggal di kampus untuk keluar mulai esok.

Ia susulan satu rakaman video yang tular di media sosial semalam, yang menyerupai bantahan sekumpulan pelajar yang mendesak universiti itu membenarkan mereka keluar dari kampus.

Bantahan itu diadakan di kampus UIA di Gombak.

Berdasarkan klip video itu, pelajar dipercayai dilarang keluar dari kampus selama beberapa bulan akibat SOP Covid-19.

Video itu antara lain menunjukkan pelajar memegang plakad tertera “#OpenTheGate” (Buka pintu pagar).

Susulan itu, garis panduan baru dikeluarkan hari ini selepas rundingan tersebut, dengan wakil pelajar mencadang dan membincangkan permintaan mereka dengan pihak pengurusan UIA.

Walaupun pelajar masih digalakkan terus berada dalam kampus, mereka dibenarkan keluar ke kawasan zon hijau dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bagaimanapun, pelajar perlu pulang menjelang 10 malam pada hari sama dan tidak dibenarkan bermalam di luar kampus.

Pelajar yang gagal mematuhi peraturan itu akan dikuarantin dan mungkin perlu menjalani ujian saringan dengan kos ditanggung sendiri.

Ketika dihubungi FMT, wakil kesatuan pelajar, Amin Mubarak berkata, ia bukannya bantahan, sebaliknya hanya “rundingan antara pelajar dan timbalan rektor”.

“Ia adalah rundingan damai dan tiada pelajar yang ditahan,” katanya kepada FMT.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker